TEMPAT SOLAT:
Umat Islam sangat istimewa kerana tempat solat boleh di buat di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini asalkan tiada najis di tempat berkenaan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan menyatakan tempat-tempat seperti tandas, rumah sembelihan, kubur, bilik air dan kandang pemeliharaan ternakan tidak digalakkan di jadikan tempat solat.
RUKUN SOLAT:

Kesemua empat mazhab bersepakat bersetuju rukun solat sekurang-kurangnya ada enam, iaitu:-
(1) takbiratulihram;
(1) takbiratulihram;
(2) berdiri bagi yang mampu;
(3) membaca ayat al-Quran;
(4) rukuk;
(5) bangkit daripada rukuk dan iktidal; dan
(6) sujud.
Namun bagi mazhab Shafi’i ada tambahan sehingga menjadikannya sebanyak tiga belas rukun solat, iaitu :-
(1) niat;
(2) takbiratulihram;
(3) berdiri bagi mereka yang berkuasa;
(4) membaca al-Fatiha;
(5) rukuk dengan tamakninah;
(6) iktidal dengan tamakninah;
(7) dua kali sujud dengan tamakninah;
(8) duduk antara dua sujud dengan tamakninah;
(9) duduk tasyahud akhir dengan tamakninah;
(10) membaca tasyahud akhir;
(11) membaca selawat atas Rasulullah pada tasyahud akhir;
(12) membaca salam pertama; dan
(13) mengikut urutan/ berturut-turut.
BATAL SOLAT:
Ada banyak perkara yang membatalkan solat seperti :-
(1)rukun solat sengaja ditambah atau ditinggalkan;
BATAL SOLAT:
Ada banyak perkara yang membatalkan solat seperti :-
(1)rukun solat sengaja ditambah atau ditinggalkan;
(2) keluar sesuatu daripada kemaluannya termasuk kentut;
(3) terkena najis pada badan, pakaian atau tempat sembahyang;
(4) berkata-kata;
(5) terbuka aurat dengan sengaja;
(6) makan dan minum;
(7) berniat memutuskan solat;
(8) bergerak tiga kali berturut-turut;
(9) tidak mengadap kiblat
(10) solat bukan dalam waktunya
(11) terbatal wuduk;
(12) murtad;
(13) mendahului imam.
ARAH KIBLAT:
Walau bagaimanapun, kita kerap menghadapi keraguan bagi penentuan kiblat ketika kita musafir.
ARAH KIBLAT:
Walau bagaimanapun, kita kerap menghadapi keraguan bagi penentuan kiblat ketika kita musafir.
Kita wajib berusaha mencari arah kiblat terlebih dahulu, seperti bertanya dengan orang Islam tempatan, dan menggunakan peralatan seperti kompas.
Setelah yakin (biarpun tidak tepat) akan arah kiblat tersebut, segeralah bersolat.
Setelah selesai solat, di dapati penentuan kiblat tersebut silap. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali solat tersebut tidak perlu diulangi. Mazhab Shafi’i dan Maliki pula wajib diulangi semula.
Setelah selesai solat, di dapati penentuan kiblat tersebut silap. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali solat tersebut tidak perlu diulangi. Mazhab Shafi’i dan Maliki pula wajib diulangi semula.