Renungan Ramadhan:
Roh di Bulan Ramadhan
FAEZ: Ada ustaz bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah, apabila tiba bulan Ramadhan semua roh berkumpul di Luh Mahfuz (lokasinya di langit) memohon kepada Allah swt untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada roh yang di tolak permintaan mereka.
MULIA: Walau bagaimanapun perlulah di ingatkan di sini agar pembaca sekalian merujuk hadis ini kepada ilmuan Islam yang lebih arief lagi. Ilmu roh ini hanya Allah sahaja yang mengetahui, kita sebagai manusia biasa (malahan nabi-nabi sendiri) mengetahunyai terlalu sedikit kerana tidak banyak yang Allah firmankan di dalam al-Quran.
AKHTAR: Menurut yang di ceritakan oleh ustaz itu bahawa roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
MULIA: Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah (dengan doa dll) untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
TEGUH: Apabila berakhirnya Ramadhan, mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup sepanjang bulan Ramadhan ini.
FAEZ: Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang (saudara mara dan sahabat handai dll) yang masih hidup. Tetapi pendapat ini juga ada kumpulan yang tidak berapa setuju.
AKHTAR: Kumpulan ini berpendapat bahawa apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
MULIA: Oleh itu jangan biarkan ibu bapa yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita terutama dalam bulan Ramadhan ini.
FAEZ: Walau apapun marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita mudah-mudahan Allah menerimanya. Tidak ada yang sukar bagi Allah, asalkan di perkenankanNya. Amin!
TEGUH: Islam ini mudah, tetapi jangan di mudah-mudahkan.......
No comments:
Post a Comment