Thursday, September 2, 2010

ANAK YAHUDI CHRISTIAN BALIQH

DOSA ANAK SUAMI ISTERI IBU BAPA


MULIA: Anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi. Segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.



AKHTAR: Sebagai anak lelaki, dia kena bertanggung jawab ke atas ibu dan bapanya. Jika di ambil weightage tanggungjawab kepada ibu 3 kali ganda berbanding bapanya. Sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.


FAEZ: Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.


TEGUH: Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya yang telah baligh akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.


FAEZ: Kenyataan di atas adalah berasaskan kepada firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)


AKHTAR: Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anaknya supaya jangan melakukan perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.


TEGUH: Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya.


MULIA: Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi pondanlah.


FAEZ: Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah. Wajib taat kepada suaminya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

TEGUH: Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

MULIA: Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

FAEZ: Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap wanita : (1) ibunya , (2) isterinya , (3)anak perempuannya , dan ada yang memasukkan (4) adik beradik perempuannya yang belum berkahwin sekiranya bapa mereka telah meninggal dunia atau terlalu tua/uzur.



AKHTAR: Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini : (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya sekiranya suami perempuan itu telah meninggal dunia, dan (4) saudara lelakinya apabila suami perempuan berkenaan telah meninggal dunia serta anak-anak masih kecil lagi.


TEGUH: Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : (1) sembahyang 5 waktu, (2) puasa di bulan Ramadhan, (3) taat suaminya dan (4) menjaga kehormatannya .


MULIA: Ada sebahagian masyarakat kita yang berani melanggar undang-undang Allah dengan tidak ada perasaan gentar dan takut akan kesalahan yang dilakukan, tetapi apabila ia melanggar undang-undang dunia (saman kesalahan jalan raya) dia merasa takut sehingga tidak tidur malamnya kerana mengenangkan kesalahan dunianya. Para alim ulamak dahulu sehingga bengkak matanya menangis mengenangkan kesalahan dosanya kepada Allah, mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana takut akan siksaan Allah yang sangat pedih.


MULIA, FAEZ, TEGUH, AKHTAR: Marilah kita memohon ampun kepada ALLAH.

No comments:

Post a Comment