Friday, September 17, 2010

UMAR ABDUL AZIZ

UMAR BIN ABDUL AZIZ

FAEZ: Allah telah menjadikan tokoh-tokoh dari kalangan umat Islam yang dapat dijadikan teladan kepada kaum muslimin khasnya dan bukan muslimin amnya. Di antaranya ialah Khalifah ke 5 iaitu Umar bin Abdul Aziz. Beliau di anggap sebagai warisan agung dalam sejarah peradaban pemerintahan Islam dan ikon dalam good governance.


AKHTAR: Seorang lagi yang bernama sama denganya adalah Khalifah ke 2 iaitu Umar ibn al-Khattab. Secara kebetulan beliau ialah moyang (the next generation after grandfather) kepada Umar bin Abdul Aziz.


TEGUH: Kita semua pernah mendengar cerita mashur yang berlaku semasa pemerintahan Umar ibn al-Khattab (Khalifah ke 2), di mana beliau melarang perbuatan mencampurkan susu dengan air untuk di jual. Satu malam di pinggir kota Madinah, beliau terdengar seorang ibu menyuruh anak gadisnya supaya mencampurkan susu dengan air sambil berkata “Amir Mukminin (Umar al-Khattab) tidak akan tahu”. Gadis itu menjawab “ Jika Umar tidak tahu, Tuhan Umar pasti tahu”.


FAEZ: Di pendekkan cerita, Umar al-Khattab mengawinkan puteranya Ashim dengan gadis berkenaan. Mereka mendapat seorang puteri yang di beri nama Ummu Ashim, yang kemudian dinikahi oleh seorang pemuda bernama Abdul Aziz bin Marwan. Pasangan muda ini melahirkan Umar bin Abdul Aziz di Madinah.


MULIA: Umar bin Abdul Aziz semasa muda dan sebelum menjadi khalifah kehidupannya agak mewah. Tetapi sebaik sahaja di lantik Khalifah ke 5 beliau dan keluarganya mengamalkan gaya hidup sederhana. Beliau percaya kehebatan seseorang bukan pada penampilan gemerlap penuh glamour tetapi pada integrity (kewibawaan) dan competency (kemampuan).


FAEZ: Beliau cukup menyedari bahawa gaya hidup bermewah-mewah dan amalan suka mempamerkan kekayaan adalah punca utama pelbagai kecacatan moral, social, politik dan ekonomi. Budaya inilah yang membuka ruang peningkatan rasuah, penipuan, pecah amanah, penyalahangunaan harta awam dan pelbagai rupa perbuatan keji lainnya.


TEGUH: Beliau sanggup menjadi tidak popular demi prinsip keadilan dalam erti mengembalikan hak kepada yang berhak. Dalam beberapa kes menarik balik hak dari mereka yang mengambilnya secara haram.

FAEZ: Beliau lebih mengutamakan pendekatan educate berbanding tindakan legislate, dan mengamalkan listening government.

AHTAR: Di antara prinsip yang di amalkan oleh Umar bin Abdul Aziz ini ialah : (1) menyampaikan hajat orang-orang yang hajat mereka belum tercapai; (2) Menegakkan kebenaran dan keadilan; (3) Menunaikan amanah yang telah di beri; (4) tidak menghibah atau membicara aib orang lain.

MULIA: Isteri Umar bin Abdul Aziz bernama Fatimah pernah berkata “Umar bukanlah termasuk orang yang paling banyak solat dan berpuasa. Tetapi saya tidak melihat ada orang yang lebih takut kepada Allah melebihi takutnya Umar”.

TEGUH: Umar bin Abdul Aziz pernah berkata “ Jika mampu, jadilah kamu orang alim; jika tidak mampu, jadilah penuntut ilmu; jika tidak mampu lagi, jadilah pencinta ulama; jika masih tidak mampu juga, janganlah kamu membenci ulama”.

No comments:

Post a Comment