FAEZ: Kita masih lagi berbicara fasal sujud. Nabi Muhammad saw merenggangkan kedua-dua belah tangannya daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda saw, serta mengangkat siku, merapatkan jari-jari semasa sujud, dan meletakkan kepala antara kedua-dua tangan. Walau bagaimanpun mengikut mazhab Syafi’i bagi perempuan tidak perlu merenggangkan tangan mereka ketika rukuk dan sujud.
MULIA: Bacaan dalam solat boleh di buat dengan ayat-ayat suci al-Quran, zikir, tasbih serta doa dalam bahasa Arab. Banyak nas yang menyatakan akan kelebihan dan fadilat memperbanyakkan doa semasa sujud.
AKHTAR: Ada tiga cara yang biasa kita lihat perilaku semasa duduk antara dua sujud ini iaitu:- (1) meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri, dan kaki kanan ditegakkan ke belakang sambil jari-jari kaki kanan itu dilipatkan; (2) meletakkan punggung di atas kedua-dua kaki kiri dan kanan yang ditegakkan ke belakang sambil jari-jari kaki kanan itu dilipatkan; dan (3) meletakkan punggung di atas lantai diantara kedua-dua kaki ditegakkan ke belakang. Mazhab Syafi’i lebih gemar kepada posisi numbor (1) di atas dan tidak suka kepada posisi numbor (3). Posisi numbor (2) di haruskan. Wallahu a’lam.
TEGUH: Mazhab Syafi’i berpendapat adalah sunat untuk duduk sebentar selepas sujud yang kedua, tidak terus bangkit berdiri.
MULIA: Duduk tahiyat awal dan membaca bacaannya adalah sunat sahaja. Kita juga disunatkan duduk di atas kaki kiri, sedangkan kaki kanan ditegakkan ke belakang. Kedua-dua tangan di atas lutut masing-masing. Dan apabila tiba pada ayat “ill LAllah” dalam bacaan tahiyat, disunat menaikkan jari telunjuk tanpa menggerakkannya sepertimana di saran oleh mazhab Syafi’i.
TEGUH: Ada juga ulama mazhab Syafi’i berpebdapat adalah sunat melihat jari semasa menaikkan jari ketika tahiyat. Wallahu’alam. Nanti kita sambung perbincangan mengenai tahiyat akhir pula. InsyAllah.
No comments:
Post a Comment