MAKANAN BERHALA DAN DAGING KORBAN
MULIA: Semasa Deepavali akan di dapati penganut Hindu menjalankan upacara pecah kelapa kerana membayar nazar. Persolannya boleh ke kita makan kelapa berkenaan?
TEGUH: Ada ulama yang mengharamkannya termasuk juga buah-buahan yang di gunakan oleh panganut Cina dalam sembahyang mereka. Walau bagaimanapun ada ulama yang berpendapat ianya harus di makan. Pendapat ini bersandarkan kepada Nabi saw pernah mengambil harta yang berada di berhala Latta dan menggunakannya untuk membayar hutang Urwah ibn Mas’ud.
AKHTAR: Apa bila tiba Raya Haji persoalan daging korban kerap timbul. Adakah daging korban boleh di beri kepada non-Muslim? Kesemua mazhab utama (Syafi’i, Maliki dan Hanbali) menghukum daging korban wajib adalah haram diberikan kepada non-Muslim.
FAEZ: Walau bagaimanapun daging korban sunat ada perbezaan pendapat di antara mazhab-mazhab ini. Syafi’i menyatakan haram, Maliki pula berpendapat makruh, dan Hanbali berpendirian ianya harus.

MULIA: Begitu juga dengan daging akikah yang berpendapat seakan serupa dengan daging korban sunat.
TEGUH: Sekiranya kita ingin menghidangkan masakan daging korban atau daging akikah kepada rakan-rakan Muslim dan non-Muslim, maka cara terbaik ialah dengan membeli daging biasa dan memasak khas untuk hidangan kepada non-Muslim. Dengan cara ini persolan haram halal agak mudah di tentukan, agar tetamu Muslim kita tidak ada yang mempersolankannya. Ini bagi menghindar tetamu Muslim kita buat kecoh di hadapan non-muslim nanti.
No comments:
Post a Comment