Friday, April 8, 2011

AJAL DAN KEMATIAN

TEGUH: Kita wajib mengajar dua kalimah syahadah kepada orang kafir yang ajalnya hampir tiba / nazak jika kita mengetahui bahawa orang tersebut memang ada cita-cita hendak memeluk Islam. Tetapi sekiranya tiada harapan dia akan memeluk Islam, maka hukumnya tidak di wajibkan.


MULIA: Kadang kala kita akan dapati ada orang yang hampir sampai ajalnya meminta dimasukkan air ke dalam mulutnya. Ada ulama berpendapat jika ada tanda-tanda menunjukkan dianya sangat dahaga, maka wajib atas kita menitikkan air ke dalam mulutnya. Ini adalah kerana orang yang sedang bertarung dengan sakaratul maut merasa dahaga.


AKHTAR: Pada masa yang sama syaitan akan datang kepada orang berkenaan dengan membawa bekas berisi air. Syaitan bersedia memberi air berkenaan dengan syarat orang tersebut mengikut telunjuk arahan syaitan. Oleh itu kita dikehendaki supaya menitikkan air ke dalam mulut orang yang hampir mati supaya dia tidak merasai dahaga dan tidak memerlukan air yang dibawa oleh syaitan.


FAEZ: Sekiranya seorang daripada kembar siam mati dan seorang lagi hidup. Maka kita ada beberapa pilihan menguruskan mayat tesebut. Di antara pilihan ialah (1) jika dapat dipisahkan antara keduanya tanpa mendatangkan sebarang mudarat kepada seorang lagi yang masih hidup, maka wajib dipisahkan dan di lakukan sepertimana mayat biasa, atau (2) sekiranya risikonya terlalu tinggi terhadap seorang lagi yang hidup itu jika dipisahkan, maka yang mati itu hendaklah dimandikan, dikafankan, di solat jenazahkannya tetapi jangan dikebumikan kerana badan simati masih bersambung dengan yang masih hidup itu. Lepas itu hendaklah di tunggu hingga gugur atau terpisah dengan sendirinya. Lepas itu wajib dikebumikan tanpa perlu mengulangi mandi dan solat mayat.


MULIA: Mengikut riwayat jenazah Rasulullah saw telah di sembahayangkan oleh enam puluh ribu dari kalangan malaikat dan tiga puluh ribu daripada kalangan manusia.

No comments:

Post a Comment