FAEZ: Kita ada bertemu dengan sebuah hadis di katakan berpunca daripada Nabi Muhammad saw. Para pembaca di minta supaya menyemak dengan ustaz masing-masing mengenai kesahihan hadis ini. Walau bagaimanpun kerana ketiadaan ketemuan hadis lain mengenai pengiraan bilangan malaikat/jinn ini maka hadis ini di gunapakai buat sementara waktu.
MULIA: Hadis ini bermaksud sebegini “ Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jinn juga manusia kepada sepuluh bahagian. Kadar malaikat sembilan bahagian, jinn dan manusia satu bahagian. Yang satu bahagian ini jua di pecahkan lagi kepada sepuluh bahagian, iaitu sembilan bahagian daripadanya adalah bilangan jinn dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia”.
TEGUH: Dengan ini bermakna daripada tiga mahluk ini, bilangannya adalah 90% malaikat, 9% jinn dan baki 1% lagi adalah terdiri daripada manusia. Ada ulama menyatakan bahawa setiap manusia akan ada sekurang-kurangnya dua jinn mengikutinya, iaitu jinn baik dan jinn jahat (syaitan). Mungkin fasal tu bilangan jinn perlu lebih banyak daripada manusia.
AKHTAR: Jika mengambil bilangan penduduk dunia yang masih hidup sekarang menjadi asas perkiraan, maka bilangan malaikat dan jinn boleh di congak. Tolong ingat bahawa perkiraan ini adalah tidak tepat (hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui).
FAEZ: Bilangan penduduk dunia sekarang ini ialah lebih kurang tujuh billion orang atau dalam angka ialah 7,000,000,000. Kalau mengambilkira setiap seorang manusia akan ada sembilan jinn. Maka bilangan jinn agak-agaknya seramai 63,000,000,000.
MULIA: Mengambil asas yang sama, bilangan malaikat berkemungkinan berjumlah 630,000,000,000. Ada pendapat menyatakan bahawa ada juga para malaikat yang bertugas menjaga manusia yang telah meninggal dunia, maka angka ini akan tentu menjadi berlipat ganda. Wallahu a’alam.
TEGUH: Setiap tahun dunia ini akan menerima sebanyak 83 juta bayi. Hai.... teruskan kiraan ini.
No comments:
Post a Comment