Thursday, April 21, 2011

MALAIKAT DAN KITAB ALLAH

MULIA: Malaikat ialah makhluk yang dijadikan Allah dari nur atau cahaya yang tidak kita dapat nampak dengan mata kasar atau pun memakai cermin mata mikroskop canggih sekali pun. Mereka bukan lelaki, tidak perempuan dan jauh sekali khunsa.

TEGUH: Malahan mereka boleh merupai apa saja bentuk yang di kehendaki dengan perintah Allah, berbentuk manusia atau binatang dan sebagainya. Malaikat tidak makan atau minum dan tidak pula tidur. Bilangannya hanya Allah jua yang mengetahui.

AKHTAR: Malaikat tidak boleh melakukan sesuatu di dunia ini dengan tidak ada perintah dari Allah. Salah satu insiden ialah semasa Nabi Muhammad saw di tentang oleh penduduk-penduduk di Taif, para Malaikat meminta Rasullah agar memohon kepada Allah supaya mengarahkan Malaikat menghancurkan penduduk Taif itu. Sebaliknya Nabi Muhammad saw memohon agar Allah memberi pentunjuk kepada orang-orang Taif ini. Tanpa arahan daripada Allah, para Malaikat tidak boleh bertindak sesuka hati.

FAEZ: Dalam rukun Iman kita wajib percaya kepada kitab-kitab yang di turunkan oleh Allah. Sebagai umat Nabi Muhammad saw kita ada al-Quran yang menggunakan bahasa Arab.

TEGUH: Kitab Taurat di turunkan oleh Allah kepada Nabi Musa. Dalam kitab ini terkandung perintah, hukum hakam, dan dasar hidup yang sesuai dengan zaman pada masa itu. Ia menggunakan bahasa Ibrani atau Hebrew. Iaitu bahasa yang di gunakan oleh orang Yahudi.

AKHTAR: Kitab Zabur di turunkan kepada Nabi Daud. Kandungannya tidak ada hukum hakam baharu selain puji-pujian kepada Allah, doa-doa, nasihat-nasihat hikmat. Nabi Daud hanya menjalankan ajaran hukum-hukum agama yang di perintah Allah kepada Nabi Musa. Bahasa kitab suci ini ialah bahasa Suryani.

MULIA: Sekarang ini kedua-dua kitab ini telah di satukan oleh orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menamakannya Perjanjian Lama atau Wasiat Lama. Ianya sudah tidak asli lagi.

FAEZ: Kitab Injil pula Allah turunkan kepada Nabi Isa. Di dalam kitab ini ada beberapa hukum hakam terbaharu mengatasi yang terdapat dalam kitab Taurat. Antaranya menyebut ke esaan Allah. Kitab ini dalam bahasa Ibrani. Naskah asalnya telah hilang atau di hilangkan.

TEGUH: Kitab Bible sekarang ini di tulis oleh berapa padri Kristian dan mengesahkan kehidupan dan perjuangan Nabi Isa. Kitab baharu ini juga di kenali sebagai Kitab Perjanjian Baru.

MULIA: Kita perlu percaya kepada apa jua catatan (yang tidak berselisih dengan catatan dalam al-Quran) yang terkandung di dalam Kitab-kitab asal Taurat, Zabur dan Injil ini kerana ianya datang daripada Allah. Ingat kitab-kitab ASAL bukan yang ada sekarang oleh sebab kitab-kitab sekarang terlalu banyak input manusia. Dari perkara hukum hakam di dalam kesemua kitab ini telah diganti oleh Allah dengan menurunkan kitab suci al-Quran. Kitab al-Quran relevan sepanjang zaman.


FAEZ: Firman Allah yang bermaksud “Sesiapa yang membaca al-Quran dengan berwuduk, Aku berikan pahala kepadanya 70 kali, dan yang tidak berwuduk Aku berikan 10 kali”.


1 comment:

  1. Kehebatan Al Quran....membacanya pasti ada ganjararannya....

    ReplyDelete