FAEZ: Pada bualan kita pada 4 Jun yang lepas, kita ada mengatakan kebarangkalian bahawa iblis adalah salah satu makhluk malaikat. Kenyataan ini adalah TIDAK BENAR. Kami memohon keampuan daripada Allah di atas kesilapan kami ini.
MULIA: Ayat al-Quran surah al-Kahfi ayat 50 ada menyatakan bahawa ".......iblis adalah makhluk durhaka daripada jenis jinn.......". Sudah terang iblis adalah makhluk jinn.
TEGUH: Dalam surah al-Araf ayat 12 ada dialog antara Allah dengan iblis, yang berbunyi "Apakah yang menghalangmu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu? Menjawanb iblis: Saya (iblis) lebih baik daripadanya (Adam), Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah".
AKHTAR: Dalam perbicaraan-perbicaraan terdahulu ada kita membuat anggaran bahawa ada sekurang-kurangnya 63 billion atau dalam angka 63,000,000,000 jinn ada di dunia ini. Mungkin lebih, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
FAEZ: Biasanya dalam badan orang yang terkena sihir ada diantara 5 hingga 20 jinn dalam badan pesakit itu. Ada pengamal perubatan pernah menemui 80 jinn dalam badan pesakitnya.
MULIA: Percakapan berikut ini juga perlu pengesahan dengan ustaz-ustaz kerana hanya memperolehi daripada ceramah agaman sahaja. Belum tahu kebetulannya.....
AKHTAR: Iblis adalah salah satu jenis jinn. Dengan ini kita ada jinn Islam, jinn bukan Islam, dan iblis.
TEGUH: Ada satu lagi nama yang kita selalu sebut-sebut, iaitu syaitan. Syaitan adalah makhluk yang mangajak manusia membuat jahat. Siapa syaitan ini? Katanya (tidak confirm lagi) syaitan adalah juga datangnya daripada kalangan manusia dan jinn.
AHTAR: InsyAllah kita akan membuat kajian lagi..........
No comments:
Post a Comment