Friday, June 24, 2011

MALAIKAT

TEGUH: Percaya bahawa wujudnya malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Tidak mahu percaya, maka tiada imanlah kita. Cerita malaikat ini hanya dibicara di alam al-Quran dan juga hadis Rasulullah saw.

MULIA: Dalam al-Quran, Allah tidak banyak menerangkam tentang cara mana malaikat dan juga jinn ini dijadikan. Hanya Allah menyatakan malaikat di jadikan daripada cahaya dan jinn daripada lidah api. Walhal kejadian Nabi Adam di cerita agak panjang daripada berbagai jenis tanah dari pelusuk dunia, di bentuk kosong, di masukkkan roh dan seterusnya.

FAEZ: Bagaimana rupa malaikat sebenarnya ada di ceritakan oleh Rasulallah saw. Dalam beberapa pertemuan di antara Jibrail dengan Rasullah, ada tiga kali ianya datang dalam bentul asal. Rasullah saw menyatakan bahawa Jibrail ada 600 sayap dan setiap satu sayap cukup untuk menutup muka bumi ini.

AKHTAR: Besarnya kepala malaikat Jibrail ini, jika di kumpulkan kesemua air di muka bumi ini dan letak di atas kepala Jibrail hanya kelihatan seperti setitik air sahaja.

TEGUH: Katanya kesemua malaikat ada sayap, dan yang paling sedikit ialah dua sayap. Maka ada yang empat, enam, lapan..........enam ratus.....dan selebihnya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

FAEZ: Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin, dan tidak penat. Ianya amat perkasa dan patuh kepada arahan Allah.

MULIA: Katanya purata setiap manusia ada 25 malaikat menguruskannya, maka jika ada hampir 7 billion manusia sepertimana sekarang, jumlah malaikat yang menjaga manusia mungkin 175 billion.

FAEZ: Ada maklumat menyatakan bahawa Allah jadikan sembilan bahagian bilangan malaikat dengan ratio satu bahagian jinn/manusia; dan sembilan bahagian blangan jinn dengan ratio satu bahagian manusia. Ini bermaksud bahawa 1% manusia, 9% jinn dan 90% malaikat.

AKHTAR: Bilangan manusia yang sedang hidup sekarang ini hampir 7 billion. Sembilan kali ganda angka ini ialah 63 billion iaitu bilangan jinn. Sepuluh kali gandanya ialah 630 billion iaitu anggaran bilangan malaikat. Angka-angka ini semua hanya Allah jua yang lebih Mengetahui. Wallahua’lam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum berkenaan dengan bilangan para malaikat ni boleh saya tau dalam hadis mana atau surah mana ada disebut nya ?

    ReplyDelete