Friday, August 5, 2011

BATAL PUASA

AKHTAR: Di antara perbuatan yang membatalkan puasa ialah makan, minum, melakukan persetubuhan pada siang hari, kufur atau murtad, kedatangan haid, darah nifas, gila, memasukkan air ke dalam lubang hidung dan rongga badan.

TEGUH: Mengikut kitab@ yang kita semak ini menyatakan “....jika sampai sesuatu ain (apa dia?) itu masuk ke dalam lubang yang terbuka dan sampai ke dalam rongga badan .... maka batalkan puasanya jika berlaku dengan sengaja.....”. Lubang-lubang yang di senaraikan ialah seperti mulut, lubang telinga, lubang hidung, lubang zakar atau lubang dubur. @Kitab yang di susun semula oleh mantan Imam Besar Masjid Negara/mantan Pegawai Agama Istana Negara.

MULIA: Jika tertelan air liur yang bercampur darah gusi dan tidak dapat di elakan maka ini di maafkan kerana sukar memeliharanya. Walau bagaimanapun, ia di kehendaki supaya meludah dan membuangnya tetapi bekas atau kesan yang masih ada pada lidah adalah di maafkan.

FAEZ: Jika tidak dapat menahan gatal di anggota kelamin (zakar), boleh mengarunya sekadar yang perlu tetapi tiba-tiba air maninya keluar maka tidak batal puasanya.

AKHTAR: Begitu juga jika ia mencium isterinya (di pipi sebagi contoh, bukan di mulut), tiba-tiba selepas itu ia mendapati air maninya keluar, maka tidak batal puasanya jika zakarnya menjadi lesut dan kuncup selepas keluar air mani itu. Sebaliknya batal puasanya jika zakarnya masih tegang selepas air mani itu keluar.

TEGUH: Buku ini juga menyatakan”.....tidak membatalkan puasa jika sekiranya keluar air mani di sebabkan berfikir atau memandang dengan syahwat......”. Tetapi ini tidak sama hukumnya yang kami belajar semasa kecil dahulu. Ini kena tanya ustaz lagi.

No comments:

Post a Comment