RASULULLAH saw
TEGUH: Rasulullah saw mengamalkan tatacara pemakanan yang sihat. InsyAllah dalam bulan Ramadan ini kita boleh contohi serta menghayati cara diet Rasulullah ini.
MULIA: Susu adalah salah satu minuman kegemaran Rasulullah. Akan tetapi apabila Rasulullah meminum susu, Banginda tidak bersekali meminum susu dengan memakan daging atau ayam atau ikan atau pun cuka.
AKHTAR: Sebenarnya amalan ini telah di amalkan sejak masa Nabi Yaakob dan juga Nabi Musa lagi. Ada golongan Yahudi sehingga kini mengamalkan diet separation susu vs daging ini. Jarak masa di antara kedua-dua ini (susu vs daging) adalah sebaik-baiknya selama empat jam, atau jika terpaksa juga makan maka jangan kurang daripada dua jam berselang.
TEGUH: Tetapi kalau teh atau kopi susu berapa jam? Amalan minum teh tarik ini sepatutnya kita hentikan, kerana banyak kemudaratannya. Di negara Arab tidak banyak kopi susu atau teh susu. Mereka gemar minum teh O panas bersama daun purdina. Memang sedap. Cubalah!
FAEZ: Apabila kita minum susu bersama makan daging, perut akan menghadapi masalah penghadaman. Untuk menghadamkan susu, usus kita perlu keluarkan asid hidroklorik yang kuat, tetapi asid ini akan memusnahkan daging yang di makan itu. Daging ini termasuk semua jenis iaitu daging unta, kambing, lembu hatta daging ayam sekali pun.
TEGUH: Sebaliknya jika usus keluarkan asid yang lemah, semata-mata untuk menghadamkan daging, susu tidak dapat diproses dan terpaksa tunggu lama. Dalam keadaan ini, susu bertukar menjadi seakan tapai dan bertoksik dalam badan kita. Ini tidak sihat jika di amalkan dalam jangka masa lama.
FAEZ: Di dapati dalam makanan darat (seperti daging) mempunyai positive ions , manakala dalam makanan laut (seperti ikan, sotong, udang) sebaliknya ada negative ions. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur di dalam perut dalam satu masa, akan terjadi tindakbalas biochemical reactions yang aktif dalam tubuh kita, sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak.
AKHTAR: Rasulullah juga tidak makan ikan bersama telur, dan ikan bersama daun salad. Kenapa, insyAllah kita akan cuba mencari jawapan kemudian.
No comments:
Post a Comment