Thursday, August 18, 2011

KECUAIAN SEMASA SUJUD
MULIA: Kita perlu tumakninah (berhenti diam sebentar) pada perbuatan di antara berdiri tegak setelah rukuk dengan perbuatan sebelum membongkok hendak turun sujud. Ini sangat penting, ramai di antara kita yang lalai dalam perkara ini.

FAEZ: Apabila hendak sujud, di galakan supaya meletakkan kedua-dua tangan ke tanah sebelum meletakkan kedua-dua lutut.

TEGUH: Ramai di antara kita menurunkan kedua-dua lutut, baharu di ikuti dengan tangan. Perbuatan ini tidak di galakkan. Kita kena latihan dan biasakan dengan cara yang betul.

MULIA: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Kedua tangan sujud sebagaimana sujudnya muka. Apabila salah seorang daripada kamu semua meletakkan wajahnya ke tanah, hendaklah dia meletakkan kedua tangannya. Apabila dia mengangkat wajahnya, hendaklah dia mengangkat kedua tangannya”.

AKHTAR: Kecuaian bagi jemaah lelaki ialah menyentuh kedua lengan tangan ke lantai dan merapatkan ke ketiak semasa sujud.

FAEZ: Sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak membongkokkan badan untuk sujud sehingga imam meletakkan dahinya di atas tanah/lantai.

TEGUH: Semasa sujud kesemua tujuh anggota badan hendaklah mencicah atau kena lantai. Iaitu dahi (bukan hidung ya), kedua tangan, kedua lutut, dan kedua kaki.

MULIA: Kaki di sini bermaksud hujung permukaan jari-jari kaki kena lantai. Untuk kena lantai, hujung jari-jari kaki ini perlu di bengkokkan sedikit.

AKHTAR: Jangan lupa tumakninah di antara dua sujud ini. Tumakninah adalah bertujuan agar solat dilakukan dalam keadaan tenang.

No comments:

Post a Comment