Wednesday, August 24, 2011

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH

FAEZ: Bapa Rasulullah bernama Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Abdullah meninggal dunia semasa Rasulullah dalam kandungan ibunya lagi. Baginda di lahirkan pada 9 atau 12 Rabi-ul-Awwal tahun Gajah atau 571 tahun selepas Nabi Esa.

MULIA: Apabila umur Rasulullah berusia 6 tahun, ibunya pula meninggal. Rasulullah di jaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim sehingga Rasulullah berumur 8 tahun di mana datuknya pula meninggal. Penjagaan keatas Baginda di ambil aleh oleh bapa saudaranya bernama Abdul Talib bin Abdul Muttalib.

TEGUH: Rasulullah tidak menerima pelajaran formal. Dengan kehendak Allah bahawa Rasulullah tidak tahu membaca dan juga menulis. Ini memang sengaja di tetapkan oleh Allah agar tiada sesiapa boleh menuduh bahawa al-Quran itu di tulis oleh Banginda sendiri. Mana mau? Membaca pun tak mengerti, inikan mahu mengarang kitab yang hebat!

AKHTAR: Apabila Rasulullah berumur 12 tahun, Baginda menjadi pengebala kambing dan berjinak-jinak dengan urusniaga perdagangan. Tiga tahun kemudian, Banginda pergi ke Syria membawa barangan perdagangan. Apabila sampai umur 25 tahun, lagi sekali Baginda pergi ke Syria membawa dagangan Khadijah. Sekembalinya ke Mekah, Baginda di lamar dan bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (isteri pertama).

TEGUH: Selepas tiga tahun berkahwin, Rasulullah di kurniakan anak pertama bernama Qasim. Pada umur 30 tahun dapat anak bernama Zainab. Tiga tahun berikutnya lahirlah Ruqayyah. Selang setahun menerima kelahiran Um-e-Kalthum dan berikutnya kelahiran Fatimah pada umur Banginda 35 tahun. Perletakan batu Hajr Aswad di Kabah berlaku pada tahun yang sama dengan kelahiran Fatimah.

FAEZ: Pada umur 40 tahun Rasulullah menrima wahyu pertama di Gua Hira. Secara senyap-senyap agama Islam di kembangkan, dan kumpulan pertama menganut Islam ialah Khadijah (isteri kesayangan Baginda), Abu Bakr (sahabat Baginda), Ali (sepupu banginda dan masih remaja) dan Zaid (bekas hamba dan anak angkat Banginda). Pada umur Baginda 43 tahun, baharulah dakwah Islam di buat secara terbuka.

MULIA: Pada umur Baginda 49 tahun, bapa saudara yang sangat di sayangi itu iaitu Abu Talib meninggal dunia (tidak sempat menganut Islam) dan beberapa hari kemudian isteri kesayangan Baginda, Khadijah turut kembali kerahmutullah. Baginda sungguh sedih; di atas pemergian mereka berdua yang banyak berjasa dalam kehidupan Baginda.

AKHTAR: Baginda kemudiannya bernikah dengan Sau’dah binti Zam’ah (isteri ke 2) dan selepas itu dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri ke 3). Pada usia 49 tahun ini juga Baginda melakukan Isra’ dan Mi’raj yang menetapkan kefarduan solat.

TEGUH: Pada umur 52 tahun, Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah Munawwarah, dan mendirikan Masjid Quba. Setahun kemudian mendirikan Masjid Nabawi di Madinah dan azan pertama di kemundangkan oleh Bilal r.a.

MULIA: Peralihan arah kiblat dari Bait al-Maqdis ke arah Kaabah di Mekah semasa usia Baginda 54 tahun. Arahan ini berlaku pada waktu zohor hari selasa pertengan bulan Syaaban. Pada tahun ini juga puasa di fardu pada bulan Ramadan, dan pembayaran zakat bermula.

AKHTAR: Pada tahun yang sama puteri Baginda, Ruqaiyah meninggal dunia. Dalam bulan Ramadan, Fatimah binti Rasulullah, anak kesayangan Banginda, bernikah dengan Ali bin Abu Talib. Baginda juga bernikah dengan Hafsah binti Umar (isteri ke 4).

TEGUH: Pada umur Baginda 55 tahun, bernikah dengan seorang lagi bernama Zainab binti Khazimah (isteri ke 5). Setahun kemudian pengharaman meminum arak bermula.

FAEZ: Bila mencapai umur 57 tahun, Baginda bernikah dengan Umm-e-salmah (isteri ke 6) dan bebarapa bulan lepas itu bernikah dengan Zainab binti Hajash (isteri ke 7). Pemakaian hijab bermula di wajibkan terutama keatas isteri-isteri Rasulullah.

MULIA: Setahun kemudian Baginda bernikah dengan Habibah (isteri ke 8). Selang setahun bernikah Safiyyah (isteri ke 9) dan Maimunah (isteri ke 10). Baginda mengerjakan umrah dan Khalid bin Walid memelok Islam.

AKHTAR: Pada umur Baginda 61 tahun, Mariyah (isteri ke 11) melahirkann anak bernama Ibrahim bin Rasulullah. Berlakunya kematian Zainab binti Rasulullah dan di ikuti kematian Ummu Kulthum binti Rasulullah.

FAEZ: Pada usia Baginda 62 tahun bermula kewajiban menunaikan Haji ke Mekah dan pengharaman riba. Rasulullah menunaikan Haji terakhir Baginda, dan pada tahun yang sama berlaku kematian Ibrahim bin Rasulullah ketika berumur setahun setengah.

MULIA: Pada usia 63 tahun, Rasulullah mula jatuh sakit iaitu pada 8 Rabi-ul-Awwal, dan pada 12 Rabi-ul-Awwal tahun 11 Hijrah hari Isnin ketika waktu dhuha Rasulullah wafat di rumah Aisyah. Baginda di kebumikan pada malam hari berkenaan.

MULIA: InsyAllah kita akan menerangkan mengapa Rasulullah mengawini ramai wanita dalam bicara kita yang akan datang.

No comments:

Post a Comment