FAEZ: Ayat-ayat dalam al-Quran terbahagi kepada dua golongan iaitu (1) ayat yang di turunkan di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah dan di namakan ayat-ayat Makkiyyah (2) ayat-ayat selepas penghijrahan dan turun di Madinah pula di panggil ayat-ayat Madaniyyah.
TEGUH: Angka jumlah ayat di dalam al-Quran ada sedikit perbezaan di antara ulama oleh sebab cara penafsiran makna ayat itu sendiri. Perbezaan pendapat tentang angka ini tidak penting oleh sebab kesemuanya bersatu bersetuju bahawa isi kandungannya tetap sama, tiada ayat yang tertinggal atau terlebih.
MULIA: Dalam kitab yang kami sedang rujuk ini mengcatatkan bahawa ayat-ayat Mekkiyyah berjumlah 4,780 ayat berbanding ayat-ayat Madaniyyah hanya 1,456 sahaja. Jadi jumlahnya ialah 6,236 ayat. Angka ini bermaksud 77% daripada keseluruhan ayat-ayat al-Quran turun di Mekah.
FAEZ: Jumlah surah yang ada dalam al-Quran berjumlah 114 dimana 86 (75%) darinya adalah Makkiyyah berbanding Madaniyyah mempunyai 28 surah sahaja.
AKHTAR: Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya pendek-pendek dan kerap terdapat perkataan “yaa ay yu hannaas”. Berbanding ayat-ayat Madaniyyah yang panjang-panjang dan perkataan popular ialah “ya ayyuhalladzina aamanu”.
MULIA: Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, acaman dan pahala, kisah-kisah umat yang terdahulu dan budi perkerti.
TEGUH: Sedang ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum dalam kemasayarakatan, perang, hubungan antarabangsa, antara agama dan lain-lain lagi.
FAEZ: Mudah-mudahan dengan sedikit coretan di atas akan membuat kita lebih mencintai al-Quran. Tak kenal, tak cinta...insyAllah.
No comments:
Post a Comment