TEGUH: Ilmu Islam boleh di perolehi daripada 4 sumber iaitu (1) al-Quran (2) Hadith (3) Ijma’, dan (4) Qiyas.
AKHTAR: Hadith berpunca daripada riwayat yang di perolehi daripada pandangan Rasulullah, perbuatan Rasulullah sendiri, perbuatan orang lain yang Rasulullah membenarkannya, perbuatan orang lain yang tidak di tegah oleh Rasulullah, dan perbuatan orang lain yang di tegah oleh Rasulullah.
MULIA: Ada satu lagi di panggil Hadith Qudsi. Ianya menggunakan ayat Rasulullah sendiri tetapi isipatinya datangnya daripada Allah. Komunikasi antara Allah dengan Rasulullah adalah melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat dan dalam mimpi-mimpi Rasulullah. Walaubagaimanapun, al-Quran lebih superior kerana ianya 100% perkataan atau ayat Allah.
TEGUH: Apa yang kita bicara di sini ialah Hadith biasa.....bukan Hadith Qudsi. Hadith biasa ini sebagai rujukan utama selepas al-Quran kerana ianya memberi gambaran yang lebih terperinci bagi sesuatu perkara seperti caragaya bersolat.
FAEZ: Apabila kita merujuk sesuatu Hadith, akan di senaraikan berjela-jela nama-nama perawi atau orang yang meriwayatkan Hadith berkenaan. Ini penting, oleh sebab jika ada nama yang tidak boleh di percayai maka dengan sendirinya Hadith tersebut di klasifikasikan sebagai lemah atau di guggurkan.
AKHTAR: Ada 6 rujukkan Hadith yang popular iaitu (1) Sahih Bukhari (2) Sahih Muslim (3) Sunan Abu Dawud (4) Sunan At-Tirmidhi (5) Sunan An-Nasa’i, dan (6) Sunan Ibnu Majah.
MULIA: Sahih Bukhari di sifatkan sebagai yang terulung dalam pengumpulan Hadith ini. Nama sebenar Imam Bukhari ialah Muhammad Ibnu Ismail dan di lahirkan pada 13 Shawal 194 Hijrah (810 A.D.).......iaitu lebih kurang 180 tahun selepas wafatnya Rasulullah. Perkataan Bukhari adalah tempat lahirnya iaitu Bukhara. Beliau mengambil masa 16 tahun mengumpul hadith-hadith ini dan ianya terkenal dengan lebih kurang 7,000 buah hadith ulung. Beliau meninggal pada usia 62 tahun kira-kira 1100 tahun yang lalu. Inilah yang di katakan ilmu membawa pahala sehingga kiamat.
FAEZ: Imam Muslim bergurukan Imam Bukhari. Imam Muslim nama sebenar ialah Muslim Ibnul Hajjaj dan lebih muda 10 tahun berbanding Bukhari. Beliau terkenal dengan lebih kurang 3,000 hadith susunannya. Meninggal dunia 5 tahun selepas pemergian Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment