TEGUH: Hadits ini bermaksud “.....Aku (Allah) tidak akan menghimpunkan dua macam ketakutan atau dua macam aman bagi hambaKu.......Jika dia merasa aman daripada-Ku di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada hari Qiamat.......”.
AKHTAR: Bersambung lagi “.....dan jika ia merasa takut kepada Ku di alam dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada hari Qiamat.......”.
FAEZ: Merasa aman di dunia ini bermaksud hidup di luar garis batasan yang telah di tentukan oleh Allah. Solat bila ada masa buat, jika sibuk sembahayang melayang. Arak, judi, rasuah perkara biasa. Ia merasa selesa melakukan maksiat dan mendurhaka kepada perintahNya, seakan-akan tiada yang mengetahui perbuatannya.
MULIA: Sebenarnya Allah Maha Mengetahui...tiada apa yang boleh kita selindungi. Setiap perbuatan kita ada 10 saksi iaitu (1) telinga pendengarannya (2) mata penglihatannya (3) lidah percakapannya (4) tangan perbuatannya (5) kaki perjalanannya (6) hati niatnya (7) bumi yang didiaminya (8) malam waktunya (9) siang waktunya jua, dan (10) dua malaikat yang menulis rekod kehidupan harian kita.
TEGUH: Tetapi apabila kita di himpun samasa hari Qiamat, baharu kita merasa ketakutan yang amat sangat. Masa itu sudah terlalu lambat buat kita.
FAEZ: Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menghiasi hati dan bathin kita dengan rasa takut dan merasa kehebatanNya di dunia ini lagi. Agar rasa kegocangan jiwa semasa hari Qiamat tidak di tempoh oleh kita semua. Amin!
No comments:
Post a Comment