IMAN NAJAH: Allah ada menyatakan bahawa langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya telah dicipta dalam 6 masa. Bila kejadiannya tidak di beritahu.
MULIA: Firman ini boleh di rujuk dalam Al-Quran (1) surah 7 al-Araaf ayat 54 (2) surah 10 Yunus ayat 3 (3) surah 11 Huud ayat 7 (4) surah 25 Al-Furqaan ayat 59 dan (5) surah 41 Fushshilat ayat 9 dan 10.
AKHTAR: Daripada Firman di atas, para ilmuan Islam cuba menterjemahnya mengikut keupayaan penyelidikan yang ada. Mereka cuba mengambarkan apa yang terjadi pada masa awal-awal kejadian lagi......masa itu tiada ada apa-apa lagi kecuali Allah sahaja yang ada.
FAEZ: Fakta sebenar hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
TEGUH: Saintis Islam telah mengagihkan 6 fasa ini kepada keadaan berikut:-
FASA PERTAMA:
• Kejadian ini berlaku kira-kira 15 billion tahun yang lampau
• Semasa itu langit dan bumi belum ada lagi
• Usia Universe baru berumur “10 millionths of a second”
• Satu lendakan Big Bang telah berlaku
• Suhu semasa itu mencecah 1 trillion degree
FASA KE DUA:
• Usia Universe masih muda iaitu baharu 2 minit
• Proses penyejukan bermula
• Suhu telah turun kepada 300 billion degree
• Kelahiran Nucleus seperti Quarks, Proton, Neutron
FASA KE TIGA
• Proses penyejukan berterusan
• Suhu telah turun hingga 10,000 degree
• Kelahiran Atom, Electron, Hydrogen dan Helium
• Kelahiran cahaya bermula
• Fasa ini mengambil masa sehingga 300,000 tahun
TEGUH: Ayat Al-Quran surah 41 Fushshilat ayat 11 yang bermaksud “……….langit itu masih merupakan asap, ………………”.
FASA KE EMPAT
• Usia Universe pada fasa ini berumur 300,000 tahun
• Hydrogen dan Helium telah melahirkan gumpulan asap
• Lahir Galaksi seperti bintang
• Apabila bintang meletup, menghasilkan oksigen
• Oksigen bercantum Hydrogen melahirkan molekul air
• Proses ke empat ini mengambil masa 700 ribu tahun
FASA KE LIMA
• Umur Universe pada peringat ini di berusia 1 billion tahun
• Galaksi masih bercantum
• Kemusnahan bintang
*Gas hasil daripadanya di sedut oleh Black Hole
•Gas ini mempunyai suhu yang tinggi dan dengannya menghasilkan cahaya yang terang
• Proses ini mengambil masa 8 billion tahun
FASA KE ENAM
• Umur Universe pada tahap ini berusia 9 billion tahun
• Langit telah mula di wujudkan terlebih dahulu sebelum bumi
• Ada masa-masa tertentu kejadian langit dan bumi berjalan serentak
• Kejadian bumi dan atmosfera – suhu masih panas
• Tiada kehidupan boleh hidup dengan suhu sebegini di bumi
• Proses penyejukan berterusan selama lebih kurang 4 billion tahun
• Apabila suhu membenarkan, maka berlaku kejadian logam , tumbuhan dan haiwan
• Akhirnya kewujudan manusia
FAEZ: Para saintis mengagak umur bumi sekarang ini sudah lebih kurang 4 atau 5 billion tahun, tetapi manusia berada di dalamnya hanya bermula beratus-ratus ribu tahun yang lampau sahaja.
MULIA: Ada cubaan untuk mengira kewujudan Nabi Adam mengikut susun jalur nabi-nabi seramai 124,000 orang serta 313 orang rasul itu……tetapi angkanya masih belum mengyakinkan lagi..ada banyak kelemahan dalam pengiraan kami ini.
No comments:
Post a Comment