Thursday, November 17, 2011

KAIN TERLODEH KETIKA SOLAT

IMAN NAJAH: Kejadian kain terlucut ketika solat boleh berlaku. Terutama bagi mereka yang jarang-jarang memakai kain, dan tidak begitu kemas untuk mengayakannya.

AKHTAR: Perlu berhati-hati bagi orang lelaki yang mengayakan kain pelekatnya labuh hingga ke lantai. Apabila dia hendak bangkit dari sujud, jemaah di sebelahnya secara tidak disedari terpijak sebahagian daripada kain pelekat berkenaan.

TEGUH: Apa lagi! Apabila lelaki ini bangun berdiri daripada posisi sujud, kain pelekatnya tidak mahu turut mengikutinya. Dia juga tidak memakai apa-apa lapisan tube dalaman. Senjatanya terpapar kelihatan oleh dunia.

MULIA: Dia cepat-cepat memegang kainnya agar tidak terlepas ke lantai. Di ikat kain itu semula dan teruskan solatnya. Perlu ingat, gerakan besar tiga kali berturut-turut tidak do bolehkan di bawah mazhab Syafiee.

FAEZ:Apa itu gerakan besar, perlu di rujuk kepada ustaz untuk ulasan.

IMAN NAJAH: Solatnya di anggap sah sekiranya dia cepat-cepat mengambil tindak menutup auratnya. Dalam kes ini secara sepontan dia mengambil kain menutup badan bahagian bawahannya agar tidak terus terdedah.

FAEZ: Tetapi sekiranya setelah sedar bahawa kainnya telah terlondeh, dia tidak buat apa-apa dan dengan sengaja membiarkan kain itu terus terlucut ke lantai. Di samping auratnya terpapar luas kelihatan oleh dunia, baharulah dia secara perlahan membetulkan kainya. Solatnya ini mungkin terjejas.

No comments:

Post a Comment