IMAN NAJAH: Perbezaan pemahaman terhadap ajaran Islam telah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW masih hidup lagi. Namun perbezaan tersebut tidak sampai berterusan dan menimbulkan konflik kerana Rasulullah SAW masih berada di tengah-tengah umat dan boleh menjelaskan serta memberikan keterangan lengkap atas segala persoalan dan perbezaan diantara para sahabatnya.
MULIA: Perbezaan pendapat dikalangan umat Islam adalah perkara yang lumrah. Islam tidak melarang umatnya berbahas dan mengemukakan pendapat masing-masing dalam sesuatu perkara bahkan digalakkan mengemukakan pandangan dan pendapat masing-masing yang bersesuaian dengan garis panduan ajaran Islam itu sendiri.
FAEZ: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud perbezaan pendapat dikalangan umat Islam ialah satu rahmat. Ia memberi peluang secara tidak langsung kepada masyarakat Islam berhujah dan bermuzakarah bagi mencambahkan lagi ilmu pengetahuan khususnya dalam hukum-hakam agama Islam itu sendiri.
TEGUH: Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia merupakan satu perundangan sempurna yang menerangkan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip mencakupi seluruh kehidupan manusia secara umum. Manakala hadis berperanan untuk menerangkan secara terperinci hukum-hakam yang terdapat dalam al-Quran.
AKHTAR: Setelah kewafatan baginda SAW terdapat satu lagi sumber penting bagi hukum Islam. Sumber ini mendapat tempat tertinggi selepas al-Quran dan hadis iaitu ijmak para sahabat.
IMAN NAJAH: Sumber ijmak ini mendapat kedudukan sebagai salah satu sumber hukum, kerana hakikatnya ijmak para sahabat adalah merupakan ijtihad sekumpulan ahli hukum Islam, maka nilai ijmak dianggap lebih tinggi berbanding ijtihad perseorangan.
AKHTAR: Khalifah Umar r.a walaupun dari sudut kefahaman tentang ilmu-ilmu agama, beliau boleh dikatakan agak kehadapan, beliau kerap akan mengumpulkan para sahabat dan meminta pandangan mereka. Sekiranya para sahabat setuju pada sesuatu penyelesaian, maka beliau akan memutuskan cara tersebut.
FAEZ: Setelah berakhir zaman sahabat, ketika itu wilayah Islam sudah semakin luas disamping jumlah umat Islam yang semakin ramai kerana dakwah Islamiyyah sudah tersebar ke merata dunia, muncul pula pelbagai permasalahan baru yang tidak dijumpai pada zaman sebelumnya, disamping muncul pula perbezaan pemahaman tenteng dalil dari al-Quran dan As-sunnah.
MULIA: Kesannya timbul ijtihad dari para ulama’ yang bersifat perseorangan mengakibatkan lahirnya pelbagai aliran mazhab. Mazhab-mazhab tersebut mencerminkan pendapat ulama’ masing-masing. Ada diantara mazhab-mazhab tersebut telah lenyap, dan ada pula yang masih hidup dan tersebar hingga sekarang.
TEGUH: Adapun mazhab-mazhab yang telah diiktiraf oleh Ahli Sunnah dan diikuti oleh majoriti kaum muslimin serata dunia adalah Mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal.
FAEZ: Setelah berakhir pembentukkan pegangan mazhab imam yang empat ini, umat Islam sudah semakin jauh dari cahaya ilmu dan fahaman taklid yang berkembang dengan cepat. Terdapat dikalangan umat Islam beranggapan bahawa sudah cukup memadai untuk mengikut kepada salah satu mazhab sahaja.
IMAN NAJAH: Fahaman seperti ini terus berlanjutan hingga sekarang, dimana hampir di merata dunia majoriti umat Islam berpegang pada satu mazhab tertentu khususnya mazhab yang empat tersebut.
TEGUH: Semenjak itu terhentilah ijtihad dan tempatnya digantikan dengan tqlid yang tersebar luas. Pendapat dan fatwa terhasil mengikut aliran mazhab sahaja dan perlu dijadikan pegangan serta disebarkan dikalangan mazhabnya. Malahan kegiatan fekah hanya berkisar dalam sesuatu mazhab sahaja.
MULIA: Pengelompokkan umat Islam kepada aliran mazhab tertentu ini dalam beberapa keadaan pula menggugat keharmonian dan kesatuan umat Islam, sedangkan Islam memerintahkan umat Islam agar bersatu dan mengelakkan pepecahan.
FAEZ: Jika melihat sejarah keempat imam Ahli Sunnah ini sekalipun, terdapat banyak perbezaan diantara mereka didalam memahami hukum-hukum Islam dan cabang-cabang hukum namun mereka tidak pernah merendah-rendahkan antara satu sama lain apatah lagi mencaci maki.
IMAN NAJAH: Bahkan mereka saling memuji, hormat menghormati dan menghargai keilmuan dan kebijaksanaan sesama sendiri serta jauh dari perpisahan dan pertikaian. Hal ini dibuktikan apabila asas utama yang menyebabkan tiada pertikaian antara imam-imam ini adalah kerana perbezaan yang berlaku diantara mereka adalah berdasarkan perbezaan kaedah pemahaman ilmu berhubung dengan dalil-dalil dari al-Quran dan As-Sunnah.
AKHTAR: Selain itu, hal ini kerana keikhlasan mereka untuk mencari kebenaran, serta jauh dari dorongan hawa nafsu dan kepentingan duniawi.
TEGUH: Kita selaku pemgamal mazhab Syafie, banyak megunapakai hokum mazhab lain seperti dalam perkara zakat, amalan haji dan juga hal ehwal jual beli periagaan.
MULIA: Dengan ini marilah kita pelajari hukum hakam mazhab lain agar kita mejadi muslim yag berilmu.
No comments:
Post a Comment