Friday, December 16, 2011

DENDA DIRI SENDIRI

IMAN NAJAH: Perbualan kita yang lalu, ada di cadangkan agar kita menderma RM 0.10 sehari. Sekarang ini di cadangkan kita meningkatkan amaunnya kepada RM 1.00 pula.

AKHTAR: Aduh! Berat pak!

TEGUH: Jika merasa perit sedikit itu ada baiknya. Sekiranya RM1.00 tak perit, naikkan kepada RM5.00 pula.

MULIA: Derma RM5.00 ini hanya berlaku sekiranya kita melakukan dosa pada hari berkenaan. Kalau dalam hari itu, kita tidak melakukan dosa maka derma kita tetap kekal RM 0.10 jua.Tiada denda.

FAEZ: Mungkin kita boleh senaraikan 5 jenis dosa yang kena denda, seperti mengumpat, mencuri tulang semasa bekerja, lambat mengerjakan solat, memakan riba dan tidak membaca al-Quran.

IMAN NAJAH: Jika RM5.00 itu memberi kesan kepada pocket kita, sudah tentu kita tidak akan membuat dosa yang tersenarai di atas.

FAEZ: Perkara ini memang di amalkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah. Khalifah Omar di sebabkan dianya terlambat bersolat Zuhur, dia telah menmerdekakan 2 orang hambanya. Masallah!

No comments:

Post a Comment