IMAN NAJAH: Cerita kita hari ini ialah di mana kita memberi pinjaman RM 12,000 pada seorang kawan. Dia perlu membayar balik RM 12,000 juga tanpa perlu ada apa-apa tambahan.
TEGUH: Jika di syaratkan ada wang bayaran tambahan atas pinjaman itu, hukumnya haram sebab ianya di takrifkan sebagai riba.
AKHTAR: Haram juga jika kita beri bayangan seperti “ semasa time Rasulullah, peminjam akan membayar tambahan lebih sedikit sebagai hadiah”. Ini juga riba.
MULIA: Kawan kita yang pinjam RM 12,000 itu tadi, kita minta dia bayar RM 1,000 sebulan selama 12 bulan. Ini OK.
FAEZ: Kawan kita ini ialah seorang ustaz yang mengajar mengaji al-Quran dari rumah ke rumah dan biasanya dia kenakan RM300 bagi satu orang pelajar. Duit yang dia pinjam itu untuk membeli motosikal.
IMAN NAJAH: Kita ada seorang anak yang ingin belajar mengaji. Lalu kita berkata kepada ustaz itu “Ustaz! memandangkan saya sudah memberi pinjaman bolehlah saya bayar RM200 sahaja untuk ustaz mengajar mengaji al-Quran tu”.
TEGUH: Ustaz tidak dapat menolak sebab sudah terhutang budi dengan kita.
AKHTAR: Ada ulamak mengatakan bahawa diskaun yang kita dapat tu (RM300 –RM 200= RM100) adalah di anggap riba jua.
MULIA: Kita mengambil keuntungan di atas pemberi pinjaman itu. Ini di anggap riba dan haram hukumnya.
No comments:
Post a Comment