Friday, January 13, 2012

BERDIRI SEMASA AZAN

MULIA: Kita kerap melihat jemaah yang datang ke masjid akan berdiri tegak setibanya mereka azan sedang berkumandang.

TEGUH: Adakan mereka berdiri di sebabkan menghormati laungan azan berkenaan?

AKHTAR: Sekiranya Ya, mengapa jemaah yang datang lebih awal dan sedang duduk tidak berdiri?

FAEZ: Puas kami cuba mencari jawapannya, belum berjumpa lagi. Tetapi ada satu kitab kecil memberi bayangan akan sebabnya.

IMAN NAJAH: Pembaca tidak perlu percaya akan perjelasan ini. Ianya tidak penting, cuma kami suka mencari-cari jawapan dalam apa jua yang di benarkan.

MULIA: Menurut kitab itu, adalah sunat bagi kita bersolat tayhatul masjid (beriktikaf atau berhenti di masjid) sebanyak dua rakaat sebelum kita duduk.

TEGUH: Kalau kita tiba di masjid, kita terus duduk dan selepas itu baharu hendak bersolat sunat iktikaf. Maka pahala atau ganjaran sunatnya hilang, kerana telah duduk terlebih dahulu. 

AKHTAR: Maka dari kenyataan di atas dapat di simpulkan bahawa jemaah yang berdiri semasa azan, adalah lebih kepada "tidak mahu duduk kerana hendak solat iktikaf" berbanding dengan menghormati azan.

FAEZ: Menghormati azan biasanya kita kaitkan dengan berhenti daripada berkata-kata atau berhenti daripada membaca al-Quran. Kita di perintah mendengar dan menjawab laungan azan berkenaan.

IMAN NAJAH: Kesemua pandangan di atas adalah pemerhatian kami sahaja, dan tidak perlu di percayai sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment