AKHTAR: Adalah penting untuk kita umat Islam mengikuti atau meniru atau membuat perbuatan apa jua yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
TEGUH: Dan kita tidak di benarkan sama sekali menokok tambah. Rasulullah s.a.w. sangat-sangat marah jika kita berbuat demikian.
IMAN NAJAH: Apa itu sunnah atau perbuatan Rasulullah s.a.w?
MULIA: Kita ambil contoh sukan yang di galakankan oleh Rasulullah s.a.w. Ada hadis mensenaraikan tiga jenis sukan .....iaitu memanah, berkuda dan berenang.
IMAN NAJAH: Adakah kita hanya boleh bersukan dalam tiga sukan ini sahaja?
FAEZ: Tidak! Kalau kita tengok ayat-ayat dalam al-Quran banyak yang berbentuk cerita. Ini memang sengaja di buat oleh Allah s.w.t. Mengapa?
MULIA: Apabila sesuatu cerita di beritahu, kita hendaklah mengenalpasti apakah message atau falsafah yang hendak di sampaikan melalui cerita berkenaan.
TEGUH: Sudah tentu ianya berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain. Tetapi falsafah yang di cari itu mestilah tidak boleh sama sekali terkeluar daripada akidah Islam.
AKHTAR: Begitu juga dengan sukan tadi, yang kita hendak ikuti agar ianya boleh di takrif sebagai mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w ialah falsafah sukan itu sendiri.
FAEZ: Secara amnya ada beberapa falsafah yang boleh di kenalpasti...di antaranya ialah sukan-sukan berkenaan memerlukan skills atau kemahiran serta perlu menggunakan tenaga kudrat kita. Kita boleh tambah lagi falsafah ini.
MULIA: Jadi apa jua jenis sukan yang menggunakan skills serta kudrat, maka ianya boleh dianggap sukan yang di galakkan oleh Rasulullah s.a.w.
AKHTAR: That's the beauty of Islam, ianya relevan sepanjang zaman..Allah jua yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment