Friday, May 11, 2012

PENGERTIAN IHSAN

TEGUH: Ihsan ialah apabila kita menyembah Allah swt seolah-olah kita melihatNya. Kalau kita tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kita. Ini adalah intipati hadis Rasulullah saw yang di riwayatkan oleh Muslim.

MULIA: Kita melakukan dengan penuh ikhlas untuk mendapatkan apa jua yang dijanjikan oleh Allah swt. Dan bukan bertujuan untuk mendapatkan kepentingan peribadi seperti harta, pangkat, kemasyhuran atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

TEGUH: Ihsan ialah kualiti pelaksanaan Islam yang merupakan manifestasi Islam.

AKHTAR: Ada pendapat menyatakan bahawa semua orang mukmin itu muslim, tetapi tidak semua orang muslim itu mukmin. Mukmin bermaksud iman yang lengkap dan sempurna.


IMAN NAJAH: Jika kita perhalusi akan di dapati  bahawa Islam ialah ketundukan dan penyerahan diri secara sukarela kepada Allah swt dengan mengamalkan segala perintahNya. Dengan itu kita akan diberi ganjaran baik di akhirat kelak.

FAEZ: Apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, ia sudah cukup syarat minimum untuk membuktikan keislaman seseorang. Hanya Allah swt jua yang Maha Mengetahui, bukan kita yang menentukannya. Ia dianggap penyerahan diri secara zahir.


MULIA: Iman pula merujuk kepada ketundukan dan penyerahan  secara batin menerusi kepercayaan hati sanubari kita terhadap ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Kepercayaan tersebut hendaklah mantap dan tidak diselubungi oleh sebarang syak dan ragu. Kesan iman boleh dilihat apabila kita mengamalkan segala perintah Allah swt secara praktikal.


AKHTAR: Ihsan ialah melaksanakan Islam secara tepat dengan kehendak syariah dengan penuh keikhlasan hati kepada Allah swt. Hanya mengharapkan balasan daripada Allah swt seprtimana yang dijanjikanNya. InsyAllah.

TEGUH: Ketiga-tiga ini iaitu Islam, Iman dan Ihsan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
  

No comments:

Post a Comment