Wednesday, June 13, 2012

KHUSUK SOLAT

TEGUH: Cara hendak menjaga khusuk solat adalah pada hati atau kalbu. Bukan pada fikiran atau otak kita.

AKHTAR: Ada hadis yang bermaksud apabila hati khusuk maka segala anggota solat kita akan ikut khusuk.

MULIA: Kita boleh perhatikan apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh hati, maka ianya akan siap dengan baik. Kita tidak merasa penat.

IMAN NAJAH: Untuk mendapatkan hati yang khusuk, kita perlu menjauhkannya dari perihal dunia. Kita perlu melaksanakan dua strategi utama .....

FAEZ: Iaitu (1) melontar keluar dari hati ini apa yang menggangunya, dan (2) menjemput masuk ke hati apa jua yang boleh membantu kita khusuk.

MULIA: Melontar keluar dari hati ada dua tindakan. Pertama, (1)ianya berada dalam diri kita........seperti kalau kita hendak kentut atau buang air, maka pergilah menunaikannya, jangan di tahan-tahan....lepas itu baharulah solat.

IMAN NAJAH: Kalau kita lapar sebelum solat, maka makanlah dahulu, kemudian solat........

FAEZ: Islam itu indah....dan ianya adalah agama fitrah....iaitu agama yang tahu kehendak sanubari dan kelemahan manusia...

TEGUH: Kedua (2) yang hendak kita keluarkan dari hati....ialah perkara-perkara yang bukan dalam diri kita.

MULIA: Contoh, kalau ada mobile phone dalam poket kita..maka waktu solat, hendaklah dimatikan atau silent mode...Sebaik-baik ialah matikan....sebab bila ianya vibrate, tetap ganggu khusuk kita tu.

AKHTAR: Jangan solat depan tingkap terbuka....depan TV...

MULIA: Tengah-tengah siang ikan, masuk waktu solat, berhenti untuk solat....tengah solat teringat ikan di atas sink, takut-takut datang kucing........

FAEZ: OK tentang strategi kedua iaitu untuk menjemput perkara-perkara yang boleh meningkatkan khusuk.....

TEGUH: Pertama (1) apa yang ada dalam diri kita.......diantaranya faham makna bacaan dalam solat......sekurangnya kita perlu belajar makna surah Al-Fatiha dan Tahayat Akhir.

AKHTAR: Kedua (2) ialah apa yang di luar diri kita. Seperti berpakaian yang selesa untuk solat....pakaian yang longgar dan tidak over berpakaian....jangan pakai seluar ketat, sebab tidak selesa bila sujud..........

FAEZ: Menyediakan tempat solat yang selesa....bila tempat elok, akan membuat kita lebih khusuk.

IMAN NAJAH: Sediakan sudut khas tempat solat di rumah kita....solat di surau/masjid. Apa lagi......

No comments:

Post a Comment