Saturday, June 9, 2012

KITAB INJIL

IMAN NAJAH:  Kitab Injil merupakan salah satu daripada empat buah kitab Islam. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Sebelum ini ada dua buah kitab lagi iaitu Zabur (kepada Nabi Daud) dan Taurat (kepada Nabi Musa).

MULIA:  Isi kandungan Zabur tidak banyak mengenai hukum hakam tetapi ianya merupakan nasihat supaya pengikut pada zaman itu dapat hidup dengan aman bahagia. Katanya, cara penyampaiannya lebih mirip kepada bentuk syair (berlagu) atau macam nasyid agaknya.

TEGUH: Dengan turunnya al-Quran maka apa jua ajaran hukum hakam dari Taurat dan Injil di mansuhkan.

FAEZ: Dalam al-Quran ada menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah diubahsuai iaitu ditokok tambah atau dikurangkan oleh penganut-penganut yang menyeleweng selepas Nabi Isa diangkat ke langit.

AKHTAR: Namun, orang Islam dilarang mempertikai Injil atau Taurat kerana tidak diketahui bahagian mana adalah bahagian asal kecuali yang terang-terangan bertentangan dengan akidah Islam...seperti Nabi Isa dianggap anak Tuhan.

FAEZ: Buku Injil Khatolik terdapat lebih banyak jilidnya berbanding yang digunakan oleh Protesten.

No comments:

Post a Comment