Sunday, July 22, 2012

AKIDAH

IMAN NAJAH: Kita kerap mendengar perkataan "akidah" di sebut-sebut oleh rakan-rakan.

TEGUH: Apabila berbicara tentang akidah, kita tidak boleh lupakan dua perkataan yang sangat berkait rapat dengannya iaitu  "Islam" dan "Iman".

MULIA: Kita sudah pun mendefinisi kedua-dua perkataan tersebut dalam bicara kita terdahulu.

FAEZ: Takrifan akidah ada banyak, di antaranya...akidah adalah kepercayaan berkaitan dengan ketuhanan, kenabian dan perkara syariat Islam yang bersumberkan wahyu Allah dan hadis. Dan keyakinan ke atasnya cukup pasti tanpa  sebarang rasa syak dan keraguan. 

AKHTAR: Ulama Sayyid Sabiq ada mensenaraikan akidah ada 6 perkara (iaitu berasaskan rukun Iman dan ada tambahan sedikit) iaitu (1) mengenali Allah..nama-namaNya, sifat-sifatNya, dalil wujud-Nya, kebesaran-Nya dan keagungan-Nya.

TEGUH: Kedua (2) ialah mengetahui mengenai alam ghaib..malaikat, jin, iblis, roh. (3) mengetahui kitab dari langit.....Zabur, Taurat, Injil, Al-Quran.

MULIA: Keempat (4) mengetahui fasal nabi dan rasul, (5) mengetahui perihal hari kiamat dan (6) mengetahui qadak dan qadar.

IMAN NAJAH: Kesemua faktor mengenai perkara-perkara diatas adalah benar dan tidak berubah sehingga ke hari kiamat.

FAEZ: Kebanyakkan ulama mensenaraikan  sumber akidah seperti berikut iaitu daripada (1) al-Quran.....wahyu daripada Allah sendiri (2) hadis atau sunnah Rasulullah swt (3) Ijmak iaitu persetujuan ahli-ahli ulama yang pakar dalam bidang masing-masing.

IMAN NAJAH: Percayalah apabila kita sudah yakin dengan akidah ini, kita akan merasa tenang dan bahagia. InsyAllah akan meninggalkan segala perbuatan amalan buruk.

No comments:

Post a Comment