IMAN NAJAH: Syariat Islam adalah segala peraturan yang ditentukan oleh Allah kepada manusia yang diutus melalui Rasulullah bersumberkan al-Quran dan sunnah. Manusia di sini merangkumi Muslim dan Non-Muslim.
TEGUH: Sebelum al-Quran, Allah ada menurunkan kitab-kitab kepada para rasul terpilih. Dan yang perlu kita ketahui dan percaya ialah kitab Zabur (Nabi Daud), Taurat (Nabi Musa) dan kitab Injil (Nabi Esa). Ada ulama mensifatkan kitab ini adalah sebagai "agama langit".
AKHTAR: Agama langit ini pada dasar adalah sama dengan agama Islam, iaitu mempercayai bahawa Allah itu satu. IaNya tidak ada anak...sepertimana difahami oleh agama Kristian.
MULIA: Biarpun penganut Kristian menggunapakai Injil, tetapi Injil itu sudah lari daripada konsep bahawa Allah itu satu. Kitab Injil asal atau yang original, telah diubah oleh manusia.
FAEZ: Apa persamaan di antara syariat Islam dengan agama langit ini iaitu (1) diwahyukan oleh Allah, (2) mengajak beriman kepada Allah dan mengesakan-Nya.....hidar daripada syirik, (3) ada kaedah umum seperti dosa dan pahala, (4) ada ibadat solat, puasa, zakat, haji.....tetapi cara berlainan, (5) percaya kepada akhirat.
MULIA: Berlainan di antara syariat Islam dengan agama langit pula ialah (1) syariat Islam merangkumi kesemua kaum manusia, Muslim dan Non-Muslim berbanding agama langit hanya untuk kaum rasul berkenan sahaja, (2) syariat Islam memansuhkan segala syariat agama langit....agama langit sudah tidak diterima oleh Allah lagi setalah turunnya al-Quran, (3) syariat Islam kekal hingga ke hari kiamat.
No comments:
Post a Comment