Saturday, August 4, 2012

AHLIUSSUNNAH  WAL-JAMA'AH (bahagian 2/2)

IMAN NAJAH: Kepercayaan Ahlussunnah Wal-Jama'ah adalah kepada rukun Islam, rukun Iman dan segala sunnah Rasulullah yang benar.

TEGUH: Di samping itu ada beberapa perkara yang jarang kita bicara namun ianya dipersetujui oleh Ahlussunnah Wal-Jama'ah seperti  (1) anak-anak orang kafir, jika mati masih kecil lagi masuk syurga....

AKHTAR: ...(2) pahala sedekah, wakaf dan pahala bacaan  -  tahlil, salawat, bacaan Quran - boleh dihadiahkan kepada orang yang telah mati dan sampai kepada mereka, (3) bangkit sesudah mati hanya satu kali sahaja.

MULIA: ....Bersambung lagi (4) Allah dapat dilihat oleh penduduk syurga dengan mata kepala bukan dengan mata hati sahaja (5) Rasulullah pernah melihat Allah pada malam Mikraj di langit.

FAEZ:   ...(6) Rasulullah memberi syafa'at atau bantuan nanti di akhirat kepada seluruh manusia (7) dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment