IMAN NAJAH: Ada 3 definisi mengenai ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah.
TEGUH: Definisi pertama (1) ialah ayat Makkiyyah bermaksud ayat yang diturunkan di kota Makkah dan persekitarannya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyyah...samada turunnya sebelum hijrah Rasulullah saw ke Madinah atau selepasnya. Sementara ayat Madaniyyah pula yang turun di kota Madinah dan persekitarannya seperti Badr dan Uhud. Time is not an essence here but the location is the factor to be considered.
AKHTAR: Namun ada ayat-ayat yang turun semasa Rasulullah saw berada di luar daripada kedua-dua kawasan ini. Maka ayat-ayat tersebut dikategorikan dalam satu bahagian berasingan dan tidak diberi nama Makkiyyah atau Madinaiyyah.
MULIA: Definisi kedua (2) pula berpendapat ayat Makkiyyah ialah ayat yang diturunkan mengenai urusan atau perihal penduduk Makkah. Lokasi dan masa turunnya adakah sebelum atau selepas Hijrah .....kesemua tidak diambilkira. Begitulah seterusnya ayat Madinaiyyah untuk penduduk Madinah. Kriteria penentu bagi difinisi ini adalah berdasarkan sasaran ayat dengan melihat kepada siapa ayat itu ditujukan.
FAEZ: Definisi ketiga (3) mengatakan ayat Makkiyyah ialah ayat yang diturunkan sebelum Hijrah...sama ada turunnya di Makkah atau Madinah tidak penting. Maka selepas peristiwa Hijrah dipanggil ayat Madinaiyyah. Penghijrahan Rasulullah saw sebagai kriteria utama dalam penentuan ini.
IMAN NAJAH: Kesimpulannya, definisi ketiga (3) dianggap paling lengkap kerana ia merangkumi setiap ayat al-Quran....tidak ada "grey area".
No comments:
Post a Comment