Monday, January 20, 2014

SOLAT JENAZAH ......nota 7.4

Salah satu tujuan solat jenazah adalah untuk menghormati si mati. Hukum menguruskan mayat dari mandi hingga di kebumikan adalah fardu kifayah.

1. Syarat Solat Jenazah

*   mayat orang Islam

*   telah dimandikan dan dibersihkan daripada najis

*   diletakkan di sebelah kiblat, dan di hadapan orang yang solat

*   matinya tidak kerana perang Sabilillah.

2. Rukun Solat Jenazah (secara ringkas)


*   Niat : "Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini fardu kifayah kerana Allah Ta'ala".

*   berdiri bagi orang yang berupaya, tidak ada rukuk atau pun sujud atau duduk.

*   empat takbir termasuk takbiratulihram, dan sunat mengangkat tangan semasa takbir

*   membaca surah Fatihah, dan sunat memperlahan semua bacaan dalam keseluruhan solat jenazah

*   membaca selawat Ibrahimiah sebagaimana bacaan dalam tahiyat akhir atau sekurangnya selawat ke atas Nabi SAW sudah memadai.

*    membaca doa ke atas mayat : LELAKI "Allahummargh firlahu warhamhu; jika PEREMPUAN perlu ganti "warhamhu" kepada "warhamha".


*   salam. 



3. Perkara Berkaitan


*   mayat lelaki, imam berdiri setentang dengan kepala mayat;


* mayat perempuan, imam berdiri bertetangan dengan punggung mayat 

* mayat yang didalam keranda, apabila hendak disembahyangkan hendaklah dibuka penutup keranda tersebut,

*   membuat 3 saf atau jika ramai buat saf dengan bilangan ganjil.

* bilangan jemaah 40 orang atau ramai lagi adalah lebih baik. 


No comments:

Post a Comment