Monday, March 31, 2014

HUKUM AIR LIUR BASI

Kami merujuk kepada artikel Dr Juanda bin Jaya, mufti Perlis mengenai persoalan air liur basi.

Dr Juanda menyatakan bahawa hukum asal bagi sesuatu yang keluar dari badan manusia adalah tidak najis melainkan jika terdapat yang menunjukkan sebaliknya. Yang najis ialah seperti air kencing, tahi manusia dan darah yang tumpah (mengalir).

Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang bermaksud "Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak najis". Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari.

Maka perkara-perkara yang tiada dalil kenajisannya adalah seperti air liur, peluh, tahi mata, tahi hidung, tahi telinga, hingus, kahak, air mani, lembapan faraj wanita.......ini semua tidak dikira najis.

Namun begitu, sebahagian ulama berpendapat apa jua cecair yang keluar dari perut adalah najis. Maka macam mana hendak tahu adakah air liur basi kita keluar dari mulut atau dari perut?

Ia di anggap keluar dari mulut sekiranya, cecair itu keluar dari mulut semasa tidur kemudian terhenti titisannya dalam jangkamasa yang lama. Berapa lama? Sehingga kering bibir yang tidur itu dan juga kering bantal yang terkena air liur basi tersebut.

Susah juga sebab siapa hendak buat checking itu? Ramai di antara kita yang geli dengan air liur basi orang lain.

Al-Imam al-Nawawi ada merujuk kepada doktor perubatan yang boleh dipercayai. Para doktor ini menafikan adanya air liur basi keluar dari perut! 

Sekiranya kita mengambil pendapat para doktor ini, maka air liur basi adalah tidak najis. Ia di anggap perkara Umum al-Balwa....iaitu yang tersebar, kerap berlaku dan sukar dihindarkan. Dan ianya sunat di basuh sebagai langkah berhati-hati. Wallahu a'lam. 

No comments:

Post a Comment