Sunday, March 30, 2014

KENTUT DALAM TIDUR BATAL WUDUK

Apa beza di antara mengantuk, terlelap dan tidur?

Mengantuk berlaku apabila fungsi indera seseorang berkurangan, di mana dia mendengar perkataan orang disekitarnya namun tidak mengikuti sepenuhnya makna ayat-ayat berkenaan, maka keadaan seperti ini dinamakan mengantuk. 


Perasaan mengantuk menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan seseorang itu tersengguk-sengguk kepalanya ke depan atau ke belakang, kelakuan ini di anggap sebagai terlelap.

Tidur pula berlaku apabila ianya melepasi paras mengantuk/terlelap, seseorang itu berasa sangat selesa (kadangkala dengan mulut ternganga serta muziknya boleh kedengaran) melamun di alam mimpi. Tidur yang nyenyak sehingga seseorang itu tidak terganggu oleh bunyi bising di sekelilingnya, tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya atau jika ada air liur keluar dari mulutnya.

Mengantuk dan terlelap tidak perlu mengulangi pengambilan wuduk. Ini berasakan kepada hadis berikut: 


Daripada Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat Rasullah menunggu solat Isyak sehingga TERSENGGUK-SENGGUK kepala mereka kerana Nabi melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun tanpa memperbaharui wuduk.


Ada satu lagi hadis yang menyokong tersengguk-sengguk tidak perlu memperbaharui wuduk. Iaitu daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi). Rasulullah bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku TERSENGGUK KERANA MENGANTUK, baginda akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas) berkata: Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (‘Ibnu ‘Abbas tidak memperbaharui wuduknya).


Namun ada satu dalil bagi wajibkannya berwuduk apabila tidur. Ini adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal, dia berkata: Rasulullah memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka kasut selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.


Hadis ini membuktikan bahawa Rasulullah mengkategorikan tidur bersama-sama dengan buang air besar atau kecil yang turut membatalkan wuduk.

Ada banyak pandangan mengenai tidur ini. Di antaranya ialah:-


(1) Tidur sama sekali tidak membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin Musayyab. 

(2) Tidur samada sekejap mahupun lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ini merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.

Pendapat (3) Hanya tidur yang lama membatalkan wuduk. Ini merupakan pendapat Imam Malik. 


Dan (4) tidur yang hanya membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu. Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.

Ke (5) Tidur ketika berada dalam solat sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat membatalkan wuduk. Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam Abu Hanifah.

Pandangan (6) pabila seseorang itu tidur di dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak membatalkan solat baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di luar solat atau tidur yang lama mahupun seketika sahaja. Ini merupakan pandangan mazhab Imam al-Syafi’i.


Wallahu A’lam.


No comments:

Post a Comment