Saturday, April 5, 2014

·         PERBUATAN   SOLAT  MAKMUM

      Serentak Dengan Imam:
  • Makmum melakukan takbiratulihram serentak dengan imam.....solat makmum tidak sah,

  • Makmum melakukan rukun lain serentak dengan imam........ solat makmum sah, tetapi makruh dan tidak dapat fadilat berjemaah.

        Mendahului Perbuatan Imam:
  •   Mendahului imam satu rukun fe’li. Contoh, makmum rukuk lebih awal, tidak bangkit tunggu imam, bangkit selepas imam bangkit................ makmum sah,

  •    Mendahului imam pada dua rukun fe’li dengan sengaja......................... makmum batal,

  •    Mendahului imam pada dua rukun fe’li dengan TIDAK  sengaja............... makmum solat sah tetapi rakaat itu tidak dikira, perlu tambah rakaat selepas imam memberi salam.
   
  • Tertinggal Daripada Perbuatan Imam:

  •    Jika makmum tertinggal satu rukun fe’li yang panjang daripada imam.......... solat makmum masih sah,

  •    Jika makmum tertinggal dua rukun fe’li yang panjang daripada imam.....solat makmum batal kecuali keuzuran,

  •   Jika makmum tertinggal tiga rukun fe’li yang panjang daripada imam kerana keuzuran.......solat makmum masih sah

  •  (Nota: Rukun fe'li yang panjang ialah seperti rukuk dan sujud. Iktidal dan duduk antara dua sujud tidak dianggap sebagai rukun fe'li yang panjang).

No comments:

Post a Comment