TERSILAP ARAH KIBLAT
Apabila kita berada berjauhan daripada komuniti Islam, menentukan arah kiblat memang sukar sedikit terutama sekali jika sampai di negara berkenaan pada waktu malam.
Kami biasanya akan menggunakan kompas biasa atau kompas kiblat.
Tetapi jika terlupa membawa kompas, akan gunakan arah bandar utama seperti contoh London atau Paris dengan syarat syarat membuat sedikit adjustment yang sesuai.
Dengan maklumat itu boleh membantu kita mengagak secara kasar arah bandar Mekah tanpa menggunakan kompas.

Para ilmuan mencari arah kiblat menggunapakai alam semula jadi seperti matahari, bintang, bulan dan juga arah angin.
Jika kita berada di tengah-tengah hutan yang gelap atau di lautan yang gelap gelita, di mana-mana arah yang kita rasa betul boleh di terimapakai. Kita tidak perlu mengulangi atau kadak solat berkenaan.
Walau bagaimanapun jika kita singgah di satu tempat solat pada waktu malam gelap dan ketiadaan lampu yang boleh membantu mencari tanda arah kiblat. Kita boleh bersolat ke mana-mana arah. Tetapi sesudah kita solat lampu pun menyala. Dan di dapati arah solat kita tadi tersilap. Dalam kes sebegini kita kena ulangi solat tersebut.
No comments:
Post a Comment