Berikut adalah petikan daripada buku berjudul "Ensiklopedia Solat" terbitan Telaga Biru Sdn Bhd , cetakan 2011 dan 470 halaman tebalnya.
Hukum Solat Hari Raya:
* Mazhab Syafi'i (eg Malaysia) dan Maliki (eg Mesir) menghukumnya sebagai sunat muakkad iaitu sunat yang digalakkan;
* Mazhan Hambali (eg Saudi) pula fardu kifayah; dan
* Mazhab Hanafi (eg Pakistan) menghukmnya wajib kepada mereka yang diwajibkan solat Jumaat.
Digalakkan secara berjemaah, namun sah jika dilakukan secara bersendirian. Ia melibatkan lelaki dan juga perempuan. Melainkan jika seorang wanita boleh menimbulkan fitnah jika keluar ke masjid, memadai dia bersolat di rumah.
Solat hari raya tidak disunatkan azan dan iqamat, tetapi di seru dengan ucapan الصلاة جامعة
Waktu solatnya bermula dengan terbitnya matahari hingga gelincirnya. Namun waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik sekadar segalah (kira-kita 8.30 pagi).
Takbir raya bagi Hari Raya Puasa ialah bermula pada waktu magrib malam raya sehingga solat hari raya keesokkan harinya (lebih tepat sehingga imam bertakbiratulihram). Bagi Hari Raya Haji pula bermula dari malam raya (10 Zulhijah) hingga solat waktu Asar 13 Zulhijah.

No comments:
Post a Comment