Monday, August 27, 2018

HIKMAH AL-QURAN TURUN BERANSUR

Di antara hikmah penurunan al-Quran secara beransur-ansur ialah seperti berikut:-

(1) memantapkan jiwa dan semangat juang Rasulullah SAW untuk terus berdakwah. Setiap kali Jibril datang membawa wahyu hati Rasulullah SAW akan tenang dan merasa berada di samping Tuhannya.

Hikmah ke dua (2) ialah memudahkan masyarakat menghafal dan mengingati dan memahamai setiap wahyu yang diturunkan. Ini bertepatan dengan masyarakat yang tidak pandai membaca dan menulis. Mereka hanya hafal dengan daya ingatan. Jika al-Quran turun sekali gus, akan meyukarkan masyarakat daripada mengingatinya.

Ke tiga (3) ialah memberi masa kepada Rasulullah SAW menyediakan hujah untuk menakis persoalan masyarakat musyrikin.

Hikmah ke empat (4) ialah penurunan secara beransur-ansur agar bersesuaian dengan peristiwa dan tahap dalam penetapan hukum.



Ke lima (5) ialah bukti bahawa al-Quran adalah Kalam Allah dan bukannya ciptaan Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya padat, tersusun indah dengan makna yang saling bertaut serta jalinan gaya bahasa yang sungguh indah.

Allahwaalam.

No comments:

Post a Comment