Thursday, March 18, 2010

AQSA ISLAM KRISTIAN ISRAEL YAHUDI BAITULMAQDIS

BAGAIMANA HENDAK KE MASJID AQSA


MULIA: Assalamu’alaikum. Mengikut cerita daripada mereka yang telah pergi ke sana, mereka membahagikan negara Israel kepada empat kawasan keselamatan. Pertama(1) kawasan Gaza yang di tadbir oleh pihak Hamas selepas mengabil alih daripada Fatah. Kawasan ini tidak berapa selamat kepada pelancong kerana menjadi sasaran tentera Israel hampir setiap hari. Penduduk tetap Gaza tidak menjadi masalah sebab mereka tahu kawasan yang sensitif dan bila jangkaan serangan Israel. Tetapi kita pelancong tak tau apa-apa, boleh mati katak...

FAEZ: Kawasan kedua (2) ialah kawasan di dalam lingkungan tembuk batu yang lebih di kenali sebagai Jerusalem atau Baitulmaqdis. Tempat ini paling selamat kepada pelancong kerana sentiasa di awasi secara ketat oleh pihak keselamatan Israel. Yang kerap membuat huruhara atau kecoh hanya tentera-tentera keselamatan Israel sendiri terhadap umat Islam.

MULIA: Ingat tak cerita di mana pengunjung akan disuruh membaca surah Al-Fatihah dengan lengkap oleh polis keselamatan Israel yang beragama Yahudi sebelum di benarkan memasuki masjid Aqsa untuk bersolat. Masjid Aqsa terletak dalam kawasan Baitulmaqdis ini.

FAEZ: Kawasan ketiga (3) dan keempat (4) adalah kawasan-kawasan di luar tembok Baitulmaqdis dan di luar Gaza. Kelompok ini kita bahagi kepada kawasan yang di tadbir oleh pihak Palestin (kawasan 3) dan kawasan yang di tadbir oleh tentera Israel (kawasan 4). Kawasan Palestin ini kerap berlaku tembakan oleh tentera Israel terhadap penunjuk perasaan oleh penduduk Palestin.

MULIA: Rakyat Malaysia boleh dapatkan kelulusan khas daripada Kementerian Dalam Negeri atas tujuan ziarah ibadah. Kita mesti dapat visa daripada Kerajaan Israel. Semua ini boleh di uruskan oleh agensi pelancungan di Malaysia ini. Setiap tahun rakyat Malaysia beragama kristian ramai ke sana. Tiada flight dari Malaysia terus ke Israel atau Tel Aviv. Biasanya mereka masuk melalui jalan darat dari Jordan atau Mesir. Pegawai imigresen Israel tidak akan cop paspot kita tetapi akan cop di atas kertas visa. Berbagai soalan akan ditanya kenapa nak masuk Israel dll, dan ada yang kena tahan sampai 4 jam. Ini perkara biasa.

FAEZ: Ada 3 kawalan ketat perlu dilalui (1) imigresen (2) pintu tembuk tinggi masuk ke Baitulmaqdis atau Jerusalem dan (3) pintu masuk ke masjid Aqsa. Baitulmaqdis adalah bandar lama yang banyak sejarah. Ada bangunan berumur 3 ribu tahun yang lalu sejak Nabi Daud dan Nabi Suleiman lagi. Jika pergi ke Baitulmaqdis jangan lupa membawa kamera, banyak pemandangan sejarah boleh dirakam.

MULIA: Baitulmaqdis adalah tempat ibadat kepada 3 agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Imam Bukhari & Muslim ada meriwayatkan bahawa Rasulullah menyeru sekiranya kita hendak mengembara utamakan 3 buah masjid ini dahulu iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

FAEZ: Masjid Aqsa dibina 40 tahun selepas Kaabah, dan ganjaran 500 darjat jika bersolat didalamnya. Ianya pernah menjadi kiblat umat Islam selama 16 atau 18 bulan. Katanya ia tempat perkebumian lebih daripada 100 orang nabi, tau sahajalah orang Yahudi gemar membunuh nabi.

MULIA: Orang kafir kata Islam agama pengganas, tetapi sejarah Baitulmaqdis membuktikan selepas peperangan Yarmuk tahun 637AD, khalifah Umar al-Khattab telah memberi kebebasan beragama kepada Yahudi dan Nasarani. Ini berjalan selama 1200 tahun Tetapi orang Yahudi, sepertimana banyak diperkatakan di dalam al-Quran, mereka tidak bersyukur dan akan menafikan kesemuanya ini.

FAEZ: Pernah solat Jumaat tidak didirikan selama 90 tahun di Baitulmaqdis kerana ianya dikuasai oleh tentera Kristian. Alhamdulillah, tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi telah menakluki semula Baitulmaqdis dan solat Jumaat didirikan semula pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 1187 Masihi. Nama sebenar Sultan Salahuddin al-Ayyubi ialah Yusuf bin Ayyub dilahirkan pada 1137M dan bukan orang Arab tetapi berketurunan etnik Kurdi dari Tikrit di utara Iraq.

No comments:

Post a Comment