NON-MUSLIM 2/5:
MAKANAN SEMBELIHAN AHLI KITAB
TEGUH: Makanan adalah satu perkara yang sangat sensitif kepada Muslim. Ayat al-Quran surah al-An’am ayat 121 bermaksud “Dan janganlah kamu makan daripada apa yang tidak disebut nama Allah atasnya...........”. Dengan ini sembelihan non-Muslim adalah haram dimakan oleh Muslim.
TEGUH: Makanan adalah satu perkara yang sangat sensitif kepada Muslim. Ayat al-Quran surah al-An’am ayat 121 bermaksud “Dan janganlah kamu makan daripada apa yang tidak disebut nama Allah atasnya...........”. Dengan ini sembelihan non-Muslim adalah haram dimakan oleh Muslim.
AKHTAR: Walau bagaimanapun ada ayat al-Quran surah al-Ma’idah ayat 5 yang bermaksud “....dihalalkan bagi kamu benda-benda yang baik, dan makanan golongan ahli kitab adalah halal bagi kamu, dan makanan kamu adalah halal bagi mereka”.
MULIA: Ahli kitab adalah umat yang diturunkan kitab kepada mereka daripada Allah. Kaum Yahudi diturunkan kitab Taurat, dan Nasarani (Kristian) dengan kitab Injil. Fahaman-fahaman lain seperti Hindu, Buddha dan lain-lain tiada kitab daripada Allah, tetapi mereka menggunapakai kitab rekaan manusia semata-semata.
FAEZ: Ada ulama berpendapat kaum Yahudi dan bangsa Nasarani/Kristian yang ada pada hari ini bukan lagi ahli kitab yang di maksudkan oleh al-Quran itu. Ahli kitab zaman ini tidak sama lagi dengan ahli kitab zaman Nabi saw oleh sebab banyak penyelewengan keatas kitab-kitab mereka telah dilakukan.
TEGUH: Kalau ada pun ahli kitab yang mungkin boleh dipertimbangankan pada masa kini adalah Yahudi ortodok yang bilangannya tidak sampai sejuta orang sahaja bermaustautin di Jerusalem Israel. Yang perempuan menutup aurat (skirt labuh dengan blouse lengan panjang) termasuk memakai skaf tutup kepala. Yang lelaki berpakai kot hitam, berjambang panjang serta menutup kepala dengan topi keras dll. Mandi di laut pun mereka menutup aurat. Mereka juga tidak memakan daging babi. Wallahu a’lam.
AKHTAR: Pendapat kedua pula menyatakan penyembelihan ahli kitab adalah halal dimakan oleh Muslim. Ulama kumpulan ini menyifatkan definasi ahli kitab adalah berterusan sepanjang masa. Walaupun ahli kitab hari ini dibuktikan telah mengubah hukum-hukum dalam kitab asal, namun perubahan berkenaaan juga berlaku pada zaman Nabi saw. Penyelewengan kitab-kitab ahli kitab berlaku sepertimana maksud al-Quran surah al-Baqarah ayat 42 iaitu “Dan janganlah kamu (ahli kitab Yahudi) mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan..........”.
MULIA: Akidah tiga tuhan atau trinity Kristian sudah wujud sebelum atau semasa zaman Nabi saw. Surah al-Nisa ayat 171 bermaksud “ ......Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berkata (Tuhan itu) tiga.” Dan juga surah al-Tawbah ayat 30 bermaksud “ Dan orang Yahudi berkata bahawa Uzair anak Allah, dan orang Nasarani pula berkata al-masih anak Allah ...........”.
FAEZ: Walaupun disebut penyelewengan ahli kitab dari sudut akidah Islam (surah al-Baqarah:42 ; al-Nisa:171 dan al-Tawbah:30) , namun ayat al-Quran yang menghalalkan penyembelihan ahli kitab diwahyukan selepas itu. Ayat al-Quran surah al-Ma’idah ayat 5 yang bermaksud “....dihalalkan ...makanan golongan ahli kitab adalah halal bagi kamu .....”.
TEGUH: Sekarang ini ada dua hukum iaitu halal dan satu lagi haram bagi kita Muslim makan sembelihan ahli kitab. Yang mana satu hendak kita ikut? Ok kita gunapakai pendekatan berikut:- (1) kita yang berada di negara majoriti penduduknya Islam, JANGAN makan sembelihan ahli kitab biarpun dari segi hukum mungkin diharuskan; (2) yang berada di negara majoriti penduduknya bukan Islam tetapi ada kelompok komuniti Islam seperti di beberapa bandar di UK, US, France etc, JANGAN makan sembelihan ahli kitab; (3) semasa berada di negara luar, kita masih boleh makan sayur dan ikan (tidak semestinya makan daging).
MULIA: Topik sembelihan ahli kitab ini memang baik untuk kita mengkajinya secara lebih mendalam lagi oleh sebab ramai di kalangan anak dan saudara mara kita akan menempuh keadaan sebegini semasa berada di luar negara nanti. Umat Islam mesti berilmu.
No comments:
Post a Comment