Sunday, April 3, 2011

SOLAT SUNAT RAWATIB DAN
SOLAT SUNAT TAHIYAT AL-MASJID

AKHTAR: Ibadat yang paling afdal ialah mendirikan solat. Ianya adalah sebagai tiang agama. Kita ada solat fardu yang lima waktu dan juga solat-solat sunat yang sungguh banyak itu. Apabila pahala kita hendak dikira oleh Allah, pelaksanaan solat fardu akan hisap terlebih dahulu dan di ikuti dengan pahala solat-solat sunat.

TEGUH: Dalam solat-solat sunat juga, ulama ada membuat ranking akan keutamaannya. Ada berpendapat bahawa solat sunat Rawatib iaitu solat sunat yang mengiringi (Qabliyah or sebelum atau Ba’diyah or sesudah) solat fardu adalah lebih afdal daripada solat malam (e.g. Tahajjud). Bahkan ada yang menyifatkan solat sunat Rawatib lebih keutamaan daripada solat Tarawih.

MULIA: Yang kita berbicara itu dari aspek ranking keutamaannya. Walau bagaimanapun kita sangat-sangat di galakkan, di samping solat Rawatib, supaya jangan melepaskan peluang menunaikan solat-solat sunat Tahajjud/ Witir (waktu tengah malam), sunat Duha (pagi selepas jam kira-kira 7.45am hingga 11 pagi) dan solat Tarawih (sepanjang sebulan Ramadhan).

FAEZ: Ada riwayat menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw bagaimana sibuknya (kerana bermusafir atau pergi berperang), Baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat Rawatib sebelum subuh dan solat sunat Witir.

TEGUH: Satu lagi solat sunat yang agak penting ialah solat sunat Tahiyat al-Masjid. Perlu di ingat bahawa solat sunat Tahiyat al-Masjid akan luput jika sekiranya seseorang yang masuk ke dalam masjid itu duduk dengan sengaja walaupun duduk yang sekejap sahaja pun.

AKHTAR: Duduk dahulu sebelum solat sunat Tahiyat al-Masjid mungkin banyak berlaku kepada jemaah wanita terutama mereka yang datang dengan telekong masih tersimpan didalam bag. Apa yang harus di buat, janganlah ia duduk dengan meletakkan punggungnya ke lantai tetapi boleh ia duduk mencakung sambil mengeluarkan telekong daripada bagnya.

MULIA: Solat sunat Tahiyat al-Masjid boleh di laksanakan pada bila-bila waktu kerana ianya adalah solat yang mempunyai sebab. Tetapi apabila seseorang masuk masjid, belum sempat dia melakukan sunat Tahiyat al-Masjid tiba-tiba mauzin malaungkan seruan azan. Maka hendaklah dia menunggu untuk menjawab seruan azan dan selepas itu bolehlah melaksanakan solat sunat berkenaan.

No comments:

Post a Comment