TEGUH: Dalam setiap badan manusia ada satu jinn yang kekal menetap di dalamnya. Ia di antara lain memantau apa jua kegemaran dan kelemahan kita. Laporan ini akan di laporkan kepada jinn-jinn tertentu dari masa ke semasa yang memang professional dalam sesuatu aktiviti.
AKHTAR: Katakan kita suka berjudi. Maka jinn professional ini akan membuat berbagai cara supaya kita kemaruk hendak berjudi. Timing bila hendak mengoda kita supaya berjudi akan di beritahu oleh jinn yang berada dalam badan kita itu. Dia tahu timing bila iman kita lemah.
FAEZ: Jinn ini boleh masuk melalui jari, hidung, mulut, dubur, kemaluan dan lain-lain lagi. Ianya akan bergerak melalui perjalan darah. Biasanya jinn dalam badan kita ini suka berada di bahagian otak dan urat saraf di tulang belakang badan.
MULIA: Apabila ia dan rakan-rakannya hendak kita mencuri, makamereka akan berada di otak dan tangan kita. Otak kita akan di rosakkan dengan berpandangan bahawa mencuri dari orang kaya tidak menjadi kesalahan. Tangan pula di suruh cepat-cepat mengambil barangan curian tersebut.
TEGUH: Sebenarnya jinn tidak boleh memaksa atau membuat kita mencuri. Jinn hanya berperanan menyeru atau menggalakkan supaya kita membuat kesilapan tersebut. Yang mencuri kita.......bukan jinn......
AKHTAR: Kebanyakkan jinn adalah bukan penganut Islam. Jinn menganut Islam semasa masa Nabi Muhammad saw sepertimana di nyatakan dalam al-Quran surah al-Jinn ayat 1-2. Perkataan jinn di ulang sebanyak 29 kali dan perkataan saitan sebanyak 80 kali dalam al-Quran.
No comments:
Post a Comment