TEGUH: Sambung cerita fasal malaikat lagi. Kejadian malaikat adalah secantik-cantik makhluk yang di cipta oleh Allah. Ianya lebih cantik daripada manusia dan juga jinn. Kekuatannya adalah melebihi daripada tenaga manusia, tetapi manusia yang sangat lemah ini di jadikan Allah sebagai khalifah.
MULIA: Yalah, biasalah yang lemah tetapi ada otak jadi bos. Pembantu rumah, sperti contoh, perlu lebih bertenaga daripada isteri tuan rumah. Kalau tong gas kosong, pembantu rumah perlu ada kebolehan mengangkatnya masuk dalam kenderaan. Takkan isteri tuan rumah angkat tong, pembantu rumah tengok aja.....
AKHTAR: Malaikat tidak akan membuat kerja sendiri, kecuali melaksanakan tugas yang di arahkan oleh Allah. Pernah Nabi Muhamad saw bertanya kepada malaikat Jebril mengapa sudah lama tidak berjumpa dengannya. Malaikat Jebril hanya diam sahaja tidak menjawab. Ini menunjukkan bahawa malaikat tidak akan turun ke bumi kecuali ada tugasan tertentu yang di arah oleh Allah.
FAEZ: Biasanya para malaikat duduk di langit dan memerhatikan perilaku manusia. Pernah ada dua malaikat yang merasa hairan mengapa manusia ini sangat rangkus dan membawa banyak kemusnahan kepada alam. Apabila Allah terdengar sembang di antara kedua malaikat ini, Allah perkenaan agar malaikat ini turun ke bumi dan Allah berikannya nafsu sepertimana manusia.
TEGUH: Pada hari pertama, malaikat ini tergoda kepada seorang gadis. Hari kedua mereka melakukan perzinaan, dan pada hari ketiga gadis ini di bunuhnya. Malaikat ini telah di hukum oleh Allah di atas kesalahan tersebut.
MULIA: Kita ada berbicara tentang bilangan malaikat iaitu di anggarkan tidak kurang daripada 630 billion. Ini hanya anggaran dan mungkin tidak betul sama sekali. Yang mengetahui hanyalah Allah jua. Walau bagaimanapun, ada hadis mengatakan bahawa api neraka sekarang ini di ikat oleh 70 ribu tali, dan setiap tali di peggang oleh 70 ribu malaikat. Kerja ini sahaja telah melibatkan hampir 5 billion malaikat.
AKHTAR: Ada seorang ustaz (pensyarah UM) sedang mengira bilangan malaikat yang menjaga hal ehwal manusia. Ustaz itu beranggapan bahawa ada 18 hingga 23 malaikat bagi setiap manusia. Ini sahaja akan melibatkan lebih kurang 160 billion malaikat, dan ini tidak termasuk malaikat yang menjaga manusia yang telah meninggal dunia.
FAEZ: Hubungan manusia dengan malaikat pada pertama kalinya ialah semasa kejadi Nabi Adam. Sekarang ini pula apabila seseorang bayi yang mencapai umur 120 hari di dalam kandungan ibunya, ada malaikat akan menulis tarikh lahir, tarikh meninggal dunia, rezekinya serta penhidupannya semasa hidup. Ini semua telah di tentukan oleh Allah, malaikat hanya “download”nya sahaja.
TEGUH: Kalau para malaikat yang kuat tenaga akur kepada kesemua perintah Allah, kita manusia yang kerdil ini pula nak berlagak besar..........
No comments:
Post a Comment