MULIA: Dalam bualan kita yang lalu, ada di ceritakan bahawa malaikat Jibril (tugas utamanya penyampai wahyu) ada 600 sayap. Dalam bacaan kami baharu-baharu ini ada tertulis bahawa malaikat Israfil (peniup sangkakala pada hari kiamat nanti) mempunyai 1200 sayap dan malaikat Hamalat (pendokong ‘Arasy) ada 2400 sayap.
FAEZ: Cerita fasal sayap ini hanya sebagai maklumat tambahan sahaja, dan tidak perlu di percayai sepenuhny. Yang kita wajib percaya ialah kewujudan malaikat sahaja. Tetapi Allah memadang tinggi bagi orang Islam yang berilmu.
TEGUH: Semasa mula kejadian manusia (Nabi Adam) Allah ada meminta malaikat Jibrail dan malaikat Mikail supaya mencari tanah di pelusuk dunia untuk di jadikan bahan untuk membuat manusia. Kedua malaikat ini balik dengan tangan kosong, kerana bumi menangis dan memohon kepad Allah agar tanah tidak diambil sebagai bahan membuat manusia.
AKHTAR: Allah memerintahkan malaikat Izrail mengambil tanah berkenaan dan ianya dilaku sepertimana di arahkan. Selepas itu Allah menyerahkan tugas mengambil nyawa manusia kepada malaikat Izrail.
MULIA: Malaikat Izrail merayu kepada Allah supaya tugas mengambil nyawa manusia ini tidak di beri kepadanya kerana takut-takut manusia akan memarahi malaikat Izrail nanti.
FAEZ: Allah berjanji kepada malaikat Izrail bahawa setiap kematian manusia, Allah akan adakan penyebabnya agar malaikat Izrail tidak di persalahkan.
TEGUH: Sebab itu kadang-kadang di sebabkan demam sedikit boleh menyebabkan kematian manusia. Tiada kendengaran manusia menyalahkan malaikat Izrail.
AKHTAR: Langit yang paling tinggi sekali ialah Arasy. Sekarang ini ianya di junjung oleh empat malaikat di atas kepala mereka. Tugas ini akan di tambah empat malaikat lagi (menjadikannya lapan) pada hari kiamat.
MULIA: Para malaikat kerap mendoa kepada Allah untuk kesejahteraan manusia. Di antara manusia yang mendapat doa malaikat ini ialah mereka yang (1) tidur dalam keadaan bersuci......berwuduk agaknya, (2) yang sedang duduk menunggu waktu solat (3) yang berada di saf pertama dalam solat berjemaah (4) yang menyambung saf pada solat berjemaah ....tidak membiarkan saf kosong (5) doa bersama-sama jemaah semasa akhir ayat al-Fatihah (6) yang bersahur (7) yamg menziarah orang sakit dan (8) lain-lain tempat......
No comments:
Post a Comment