TEGUH: Ada hadits yang bermaksud “........barangsiapa yang memberikan sesuatu kepada Ku (Allah) dari apa yang telah Ku kurniakan dengan ikhlas, niscaya Ku membalasnya dalam waktu singkat (semasa di dunia lagi) dan juga Ku simpan baginya untuk waktu akhirat...........”.
AKHTAR: Hadits juga bersambung”........barangsiapa yang Ku ambil daripadanya secara paksa sesuatu yang telah Ku berikan, namun dia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana Allah, Ku wajibkan pemberian hadiah dan rahmat Ku baginya dan Ku catatkan bahawa dia termasuk orang yang mendapat petunjuk.....”.
MULIA: Istilah “sesuatu” itu termasuk harta, pengaruh, dan kesihatan jua. Dan maksud “memberikan” ialah melakukan sedekah kepada fakir miskin, menolong orang yang menimpa musibah seperti kemalangan serta kebakaran, derma kepada badan-badan amal dan berbelanjaan yang di restui Allah jua.
FAEZ: Penggantian yang diberikan Allah itu kadang kala tidak di sedari oleh kita, dalam bentuk nyata (bertambah pendapatan, semakin sihat) dan tidak nyata (terhindar daripada malapetaka olehnya atau familinya).
TEGUH: Di simpan untuk akhirat........tidak siapa yang tahu apa pembalasannya.....keadaan di syurga nanti adalah di luar jangkaan kita....sesuatu yang tidak pernah terlihat oleh mata, tak pernah terdengar oleh telinga dan tak pernah terlintas dalam hati.
MULIA: Allah akan selalu menguji hambaNya dengan berbagai dugaan......walau bagaimanapun semua dugaan ini bertepatan dengan keupayaan seseorang....Allah tidak menzalimi hambaNya...Allah Maha Adil. Hanya kita sahaja yang tidak sabar.......
No comments:
Post a Comment