Sunday, November 13, 2011

SOLAT TERSILAP ARAH KIBLAT

TEGUH: Kami pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai kesilapan arah kiblat semasa bersolat.

AKHTAR: Apabila kita berada berjauhan daripada komuniti Islam, menentukan arah kiblat memang sukar sedikit terutama sekali jika sampai di negara berkenaan pada waktu malam.

FAEZ: Tok kami biasanya akan menggunakan kompas biasa atau kompas kiblat. Tetapi jika dia terlupa membawa kompas, dia akan gunakan arah bandar utama, seperti contoh arah bandaraya London dan Paris. Dengan maklumat itu boleh membantu kita mengagak arah Bandar Mekah.

IMAN NAJAH: Para ilmuan mencari arah kiblat menggunapakai alam semula jadi seperti matahari, bintang, bulan dan juga arah angin.

MULIA: Ustaz itu memberitahu jika kita berada di tengah-tengah hutan yang gelap atau di lautan yang gelap gelita, di mana-mana arah yang kita rasa betul boleh di terimapakai. Kita tidak perlu mengulangi atau kadak solat berkenaan.

AKHTAR: Walau bagaimanapun jika kita singgah di satu tempat solat pada waktu malam gelap dan ketiadaan lampu yang boleh membantu mencari tanda arah kiblat. Kita boleh bersolat ke mana-mana arah, akan tetapi sesudah kita solat lampu pun menyala. Dan di dapati arah solat kita tadi tersilap. Dalam kes sebegini kita kena ulangi solat tersebut.

FAEZ: Dalam kes satu lagi, di mana kita sedang bersolat dan ada orang yang lalu di tempat berkenaan berteriak bawa arah kiblat kita itu silap. Kita masih boleh meneruskan solat kita itu sehingga lima orang menyatakan sedemikian baharulah kita boleh mengalih arah.

MULIA: Ustaz itu menyebut 5 orang, bukan 4 orang. Dalam banyak kes kita kena cari 4 orang saksi. Kena tanya ustaz itu lagi.

No comments:

Post a Comment