IMAN NAJAH: Apabila kita kurang sihat seperti lutut sakit atau baharu lepas menjalani pembedahan perut dll, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk melakukan perbuatan sujud secara sempurna. tetapi kita masih mampu untuk berdiri.
TEGUH: Dengan kegawatan ini kita di bolehkan bersolat menggunakan kerusi.
AKHTAR: Panduan asas solat fardu ialah mesti dilakukan secara berdiri kecuali di waktu sujud. Berpandukan kepada asas ini, marilah kita lihat cara solat menggunakan kerusi.
MULIA: Waktu kita takbir dan membaca Fatiha, kita mestilah berdiri. Lepas itu kita kena rukuk, hendaklah di buat secara berdiri sambil rukuk membongkok.
FAEZ: Pada perbuatan sujud dan duduk di antara dua sujud, maka masa ini sahajalah kita duduk di kerusi. Tiba waktu sujud, kita membongkok kehadapan sedikit.
IMAN NAJAH: Lepas itu, kita hendaklah berdiri semula dalam rakaat kedua. Baca Fatiha dan seterusnya.
MULIA: Pada sujud tahayat akhir, ada pesakit kaki akan duduk di lantai (bukan di kerusi). Kes sebegini biasanya bagi mereka yang apabila duduk di lantai sukar untuk bangkit semula berdiri.
TEGUH: Tetapi bagi mereka yang mememang sukar duduk di lantai, maka di bolehkan duduk di kerusi sahaja pada tahayat akhir ini.
FAEZ: Buatlah apa yang terdaya, Allah Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment