Sunday, January 22, 2012

T-SHIRT PENDEK BOLEH BATAL SOLAT

IMAN NAJAH: Kita kerap melihat rakan-rakan yang bersolat dengan memakai T-shirt pendek semasa solat. Apabila dia rukuk dan lebih-lebih lagi semasa sujud, kulit bahagian belakang badan akan terdedah.

MULIA: T-shirtnya akan terangkat lebih keatas badan, dan pinggang seluarnya akan jatuh ke paras bawah pusat sehingga kadang kala menampakkan "parit" ke arah buntut.

TEGUH: Sekarang ini pula ramai yang tidak gemar memakai seluar dalam atau pun seluar dalam yang bentuk kecil sahaja. Maka akan terlihatlah kulit bahagian badan yang di bawah paras pusat ini.

AKHTAR: Keadaan sebegini akan membatalkan solat. Bagi kaum lelaki auratnya ialah di antara paras pusat hingga ke paras lutut....ini mesti di tutup dalam solat atau di luar solat.

FAEZ: Lain pula halnya jika lelaki yang memakai kain semasa solat. Lipatan kain yang sempurna di anatara paras atas pusat hingga ke bawah paras lutut. Apabila dia sujud, kita di belakangnya kadang kala boleh ternampak pangkal betisnya. Ini di bolehkan, tidak membatalkan solat orang tersebut.

No comments:

Post a Comment