FAEZ: Islam adalah agama yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Ini dijelaskan dalam ayat al-Quran surah Ali Imran (3) ayat 19 yang bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredahi) di sisi Allah ialah Islam..........sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya".
MULIA: Allah swt menambah lagi peringatanNya dalam surah yang sama pada ayat ke 85 yang bermaksud : "Sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali ia tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak, ia termasuk orang-orang yang rugi".
IMAN NAJAH: Islam ialah himpunan segala wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia ke atas Rasulullah saw. Wahyu tersebut terdiri daripada perkara akidah, akhlak, ibadat, muamalat dan segala perkabaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis.
AKHTAR: Allah swt ada mengarahkan Rasulullah saw dalam surah al-Maidah (5) ayat ke 67 yang bermaksud "Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Jika kamu tidak berbuat demikian, maka kamu tidak menyampaikan risalahNya. Sesungguhnya Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia dan tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir".
TEGUH: Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji jika engkau mampu untuk sampai ke sana (Makkah)".
No comments:
Post a Comment